Alhamdulillah. Mama dah semakin sihat. Selepas Ibu Saemah kasi mama makan suppliment Shaklee Multivitamin, mama lebih bersemangat mengharungi hari-hari mendatang untuk menguruskan rumah dan anak-anak mama.
Mama juga akan memulakan kelas untuk semester ke-3 pada hujung minggu ini. Doakan mama terus cemerlang ye.
Wednesday, October 5, 2011
Dah Sihat!
Posted by mama at Wednesday, October 05, 2011 0 comments
Labels: Mama
Thursday, September 8, 2011
Tidak Sihat
Entah kenapa kebelakangan ini mama asyik kurang sihat sahaja.
Tengah hari ini kepala macam diletakkan berkilo-kilo batu. Rasa nak termuntah pun ada. Badan sakit-sakit. Akhirnya mama tak lalu makan tengah hari.
Masa dalam perjalanan nak ambik abang dari sekolah, tiba-tiba mama teringat kat semua anak-anak mama. Rasa macam nak cium korang puas-puas.
Mama pon tak tahu apa sakit mama. Doakan mama dapat tengok korang membesar dan menjadi orang berjaya ya. :(
Kebetulan uwan-Rahah pon tidak sihat. Kulit uwan melepuh teruk kerana alahan dan ianya sukar untuk baik kerana uwan penghidap diabetis. Doakan untuk uwan sekali ya.
Posted by mama at Thursday, September 08, 2011 0 comments
Labels: Mama
Sunday, June 6, 2010
Sila Selesaikan.
Kehadapan diri mama sendiri.
Memandangkan minggu peperiksaaan telah berakhir dan minggu cuti penggal telah bermula, sila lah siapkan baju raya Uwan Langat dan Nenek-Unyang Bangi dengan kadar segera. Selepas itu sila lah juga siapkan baju-baju kurung kerja mama itu untuk membolehkan mama memasuki tempat kerja baru dengan baju baru hendaknya.
Selain itu, di ingatkan juga azam mama untuk memperbaiki dan mempertingkatkan penguasaan tulisan jawi/pembacaaan AlQuran si-Nordaniel itu dalam minggu ini juga!
Semoga berjaya.
Sekian.
Posted by mama at Sunday, June 06, 2010 0 comments
Friday, December 4, 2009
Macam-Macam untuk Weekend Ni!
Mama merancang untuk bawa korang sertai kewangan PNM buat hari keluarga kat Port Dickson. Ada pelbagai aktiviti dan hadiah disediakan. Tapi mama mohon maaf tak dapat berbuat demikian kerana mama dah nak exam minggu depan. Esok mama ada group discussion. Ahad pulak cousin mama kahwin. Lagi tragis, roadtax kereta pulak expired esok!!
(ehem. ini bukan excuse tau). Mama kesian dengan abang. Mama memang nak bawak sebab minggu depan abang dah nak sunat. Nak tunggu luka baik, siaplah dah abis cuti sekolah. Mama akan cuba jugak bawak korang pergi holiday, once mama finish exam. Insya Allah.
Apa pun, wish mama good luck for my exam ya!
Posted by mama at Friday, December 04, 2009 0 comments
Thursday, August 20, 2009
Mama kena keracunan makanan!
Waaaaaaa....seksa kena food poisoning ni. Pening, muntah, cirit! Habis satu pejabat mama ingat mama pregnant. Oh, no...not yet. hehehehehe.(Sebenarnya mama pon macam takut jugak).
Doktor bagi mama dua hari untuk berehat. Terima kasih kepada anak-anak mama yang sangat prihatin dan kasihan melihat mama mereka ini yang dah nak collapse.huhuhuhuh.
Posted by mama at Thursday, August 20, 2009 0 comments
Labels: Mama
Monday, July 13, 2009
Should or shouldn't I ?
Mama pesan perkara ni sudah banyak kali dengan abang. Abang mesti sayang adik. Siapa lagi nak sayang adik kita kalau bukan kita sendiri? Kenapa abang buat macam ni? Kenapa abang selalu rasa sakit hati dengan kakak? Kenapa abang mesti pukul kakak?
Mula-mula di rumah. Mama dah tegur abang. Kemudian di dalam kereta Maklang Lela. Semasa di rumah pengantin perempuan* mama dah tinggikan suara. Abang sedih dan mama pesan jangan buat lagi. Sewaktu perjalanan pulang paling teruk... abang pukul adik bertubi-tubi walaupun masa tu mama tengah cakap berulang kali dengan abang, "sudahlah tu!". Mama pukul abang. TokWan marah mama sebab pukul abang. Tapi percayalah....mama sangat sayang abang. Mama nak abang jadi abang yang baik. Mama nak abang jaga adik-adik...sekiranya suatu hari nanti mama sudah tiada lagi... :(
* Semalam, Ahad (12/07/2009) Pak Itam Ghani telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan di Seksyen 19, Shah Alam.
Posted by mama at Monday, July 13, 2009 0 comments
Tuesday, June 23, 2009
Sunday, June 14, 2009
Mama and abah jatuh chenta...
From mama :
Mama kenal abah masa kerja part time @ Pizza Hut. Abah hantar dough thin pizza kat branch mama. "uiks.cute ar budak neh". Mama pon jadi malu-malu mioww bila abah ngorat mama.
abah @ 18
Lepas tu mama pindah ke branch abah. We're getting closed. But unfortunately i knew that he had a girlfriend. Ok. Life must goes on...
kapel..ewaahhh..!!
Entah macam mana, abah tetap choose mama. Mama dah macam air kosong - sejuk dan tawar. Tapi...kan jodoh di tangan tuhan. Lepas abah masuk meminang, atuk Langat cakap, " kawin je ler..ko pon bukan cantik. nanti sape lagi nak kat ko?"...huwaaaaaaa.....statement atuk kejam. Finally kita bertunang on September 1999 dan getting married on 13.03.2000.
About abah from mama's perspective : semua orang cakap abah sangat kachak ~whoaa~. But as for me yang sangat impressed dengan abah ialah, abah sangat responsible, hardworking, sangat teliti dan cermat. Abah sanggup kerja susah demi untuk keluarga. Sanggup buat dua kerja untuk buat kita semua senang. Ketelitian abah merangkumi banyak hal. Abah juga sanggup berjaga untuk tampar nyamuk yang gigit korang...huhuhuhu...sayang abah.
Ok, abah...your turn.
p/s : abah still dont want to share his story with us. ..huhuhu..never mind. Perhaps one day he will :(
Posted by mama at Sunday, June 14, 2009 1 comments
Labels: Mama, Mama dan Abah






