Sunday, December 27, 2009

Persediaan ke Sekolah

Walaupun *un*i abang belum baik sepenuhnya, tapi Alhamdulillah keadaannya semakin baik. Mama dan Abah bawak abang pergi beli barang sekolah semalam. Dan sememangnya korang sangat exited. hehe. Mama dan abah pon ada laa exited sikit. :p. Kesiannya dengan dedeq sebab mama dan abah tak beli apa-apa untuk dedeq sebab dedeq baru 2 tahun. Lagipun beg dan barang sekolah abang yang dulu masih ada kalau dedeq nak buat main.huhu..




Harini abah dah basuh semua kasut sekolah abang tahun lepas yang masih boleh dipakai oleh abang dan kakak. Mama juga telah dapat menyiapkan dua helai seluar sekolah agama abang, yang mana seluar dahulunya dah tak boleh pakai akibat kekotoran yang amat sangat. Mama tak larat nak sental, jadi mama buat baru je lah. huhuhuh..

Harapan Mama dan Abah semoga kalian menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. AMIINN.





Tuesday, December 22, 2009

Abang Bentan!

Alahai, kesian abang. Abang bentan. *un*i abang bengkak 'merening' macam mengandungi air di bawah 'kepala'. Kata orang tua-tua di sekeliling, abang banyak minum air. Mungkin ada betul nya. Mama tak pandai laa jaga orang bersunat...huhuhuhu. Hari pertama mama hantar rumah Uwan Langat. Hari-hari mama telefon abang. Waktu tu masih ok. Hari Rabu (16/12/2009) mama datang tengok abang, pon abang tersangat ok. Sampai boleh berlari-lari (ini pon sebenarnya tidak boleh-dikira melanggar pantang). Hari Jumaat mama pergi ambil abang dan bawak balik. Sabtu pagi selepas buka klamp tu, pon masih ok. Kebetulan mama kena kerja Sabtu tu, abah yang jaga abang. Balik dari kerja mama tengok *un*i abang dah mula membengkak. Risau bukan kepalang mama dibuatnya. Mama tak dapat menghadiri kenduri kahwin Penolong Akauntan mama, Cik Noor Fadzilah pada Ahad itu kerana keadaan abang. Malamnya, dedeq telah memukul *un*i abang sampai berdarah!! Sekali lagi mama panik. Nasib baik ada abah. Isnin mama terpaksa mengambil cuti untuk jaga dan 'pantang'kan abang.


Alhamdulillah, menjelang malam keadaan abang bertambah baik. Mama terpaksa terus 'pantang'kan abang untuk sembuhkan luka dengan lebih cepat. Sekolah dah nak mula. Barang sekolah pon masih belum beli. Harap-harap semua ok. Kalau cepat luka abang baik, sempatlah mama nak bawak abang, kakak dan adik menontot wayang- Alvin & Chipmunks 2. Amin.


p/s : collection bersunat abang sangat 'memberangsangkan'.hehehhe. abang belanja kakak dan dedeq beli mainan. dan untuk abang sendiri abang telah beli toiletries-memandangkan abang dah jadi 'budak besar' sekarang. dan juga gogle-tak sabar nak mandi manda, katanya. :p



Tuesday, December 15, 2009

Dedeq = girl @ boy?

Ramai orang ingat dedeq perempuan, walaupon dedeq memang berpakaian lelaki. Hari minggu lalu kakak 'mengemas' rumah dengan menyarung tudung-tudung mama. Dedeq pon sibuk nak. Ok, mama pakaikan tudung. Eh eh, memang cam pompuan lah...! ehe....




Jalan-Jalan

Lepas mama habis exam Khamis lepas (10/12/2009), abah bawak kita semua jalan-jalan ke Midvalley. Plan asal nak tengok wayang tapi time tak sesuai pulak. So, kita makan-makan, main game, jalan-jalan dan balik. Anyway, we still have precious time together.


ala-ala model.hehe





hiasan sempena christmas

Abang dah besar!

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis khatan abang di klinik Dr.Kamaliah pada Ahad (13/12/2009). Istimewa, abang bersunat bersama kawan baik abang, Wan Nur Shammi Faiq. Doa mama sentiasa bersama abang agar abang menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. AMIIN.

Sunday, December 6, 2009

Akhirnya....kalah dek anak-anak.

Finally, mama bawak jugak korang pergi ke Port Dickson sempena Hari Keluarga PNM-Finance Department @ Costa Rica, Lukut. Mama turutkan kata hati demi melihat anak-anak mama happy. Dah laa kereta sebenarnya ada masalah. Cable plug ada masalah macam kat Alor Setar dulu. Mama tawakkal saja.

Lucunya, abang tak habis-habis bertanya.."mama ada duit ke nak bayar semua ni?", "berapa duit mama tinggal nanti?". Kami pergi tanpa abah di-sisi (abah outstation). So mama harukkan jugak dengan menjaga korang semua sorang diri (mama dah ajak moksu chu'a tapi dia tanak ikut).

Kami tiba agak lewat kerana bertolak selepas mama habis group discussion. 5.00 tepat. Urusetia - Cik Ila terus suruh ke pantai untuk sukaneka. Selepas seisi bergambar korang terus menuju ke laut yang sebenarnya tak berapa sesuai untuk bermandi-manda...mana taknya, tak jauh dari situ boleh nampak kapal parking.

mandi laut

mandi pool

Lepas mandi kat laut dalam setengah jam, korang sambung pulak mandi kat swimming pool. Pukul 7.00 malam baru check-in kat bilik. Kat bilik ada pulak bath-tub...sambung lagik! Appa laa...korang ni sama macam hantu air daaa...... Pastu terus mama jadik tarzan suruh bersiap untuk barbeque malam.

mandi tab

nak pergi barbeque

sebelum tido, dedeq nak tepon babah da...

Esoknya seawal 7.00pagi, semua dah bersiap untuk mandi lagi kat swimming pool. Tapi mama tahan korang sebab tanak korang beku nanti. hehehe. Pukul 8.30am selepas sarapan (yang korang sebenarnya dipaksa oleh mama untuk bersarapan), terus sambung dengan aktiviti mandi lagi sampai pukul 11.00am. Sebenarnya ada aktiviti bowling tapi apakan daya...demi korang (sebab takde orang lain nak jaga korang.huhuhu.), mama pon follow jugak mandi.

mandi pool lagi!

Pukul 12.00 kami check-out dan pulang ke Kuala Lumpur. Itu sahaja aktiviti kami di PD - mandi, mandi & mandi. heh.

nak balik da....


p/s : roadtax masih belum dihidupkan. mama manage to attend cousin's wedding (balik dari pd). Buku masih belum dijenguk.waaaaaaaaaaa....

Friday, December 4, 2009

Macam-Macam untuk Weekend Ni!

Mama merancang untuk bawa korang sertai kewangan PNM buat hari keluarga kat Port Dickson. Ada pelbagai aktiviti dan hadiah disediakan. Tapi mama mohon maaf tak dapat berbuat demikian kerana mama dah nak exam minggu depan. Esok mama ada group discussion. Ahad pulak cousin mama kahwin. Lagi tragis, roadtax kereta pulak expired esok!!

(ehem. ini bukan excuse tau). Mama kesian dengan abang. Mama memang nak bawak sebab minggu depan abang dah nak sunat. Nak tunggu luka baik, siaplah dah abis cuti sekolah. Mama akan cuba jugak bawak korang pergi holiday, once mama finish exam. Insya Allah.

Apa pun, wish mama good luck for my exam ya!

Wednesday, November 25, 2009

Cont : Bibik.


Hins hins hins. Penat daaa bawak badan. Bila laa nak kuwos nes?
Mama tengah berangan, kalau ada maid nanti ada laa masa nak pergi jongging....konon!! hikhikhik.

p/s : ok, di atas adalah termasuk dalam 'pro' list kalau ada maid. :p

Tuesday, November 24, 2009

Keputusan

Lama mama tak update blog. Tengok mamadayah rajin cite pasal Dafeena. Seronok tengok. Dafeena yang makin comel.



Oh ya. Mama dan Abah masih berbincang [kali ke berapa pon tatau daa...] fasal nak amik maid untuk bantu mama. Bukan apa, abah selalu sangat outstation. Mama pulak kena pergi kelas.

Tapi kami masih buat list pro & con pasal maid ni. Semua untuk anak-anak. Fikir yang terbaik untuk anak-anak. Doakan mama dan abah membuat keputusan yang terbaik ya.

Tuesday, October 27, 2009

Kids Nowdays..


Budak dulu macam takut jaa hadapi peperiksaan. Budak sekarang, kalau kita tanya ..susah tak exam tadi? They simply said...senang jer..! Aku rasa pemikiran mereka dan penerimaan mereka lebih terbuka daripada zaman aku dulu. Walaupun aku rasa punya keputusan yang lebih baik daripada mereka tetapi cara pemikiran mereka bagi aku lebih advance. Harap mereka bakal menjadi warganegara yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin

p/s :...agak bersifat patriotik entri kali ini. hehe.

Sup Ketam

The idea of sup ketam for those having fever or measles or dengue, are very brilliant and yet really effective to me and my family. That's our menu for yesterday and you know what..dedeq are getting better today, in fact my sore throat simply gone. Credit goes to the internet where i found the menu.hehe. You should try this :p

Dedeq demam lagi!...abang pulak memulakan peperiksaan hari ini

(THIS SHOULD BE YESTERDAY-Monday 26/10/2009-POST/ENTRY)

Alahai dedeq~~. Sian anak mama. demam lagi. Sepanjang malam dedeq tak tidur lena, merengek jer. Sakit-sakit badan tu agaknya. Pukul 3am badan dedeq panas cecah 39c. Mama terpaksa masukkan ubat (bermakna pukul 9.00am kalau dedeq tak kebah lagi kena sambung amik ubat dan pergi jumpa doktor). Mama decided tak pergi kerja dan nak bawak dedeq pergi klinik. (Ala~~..tak syok sebab baru masuk kerja kat sini dah 2kali EL. hu3 :(

Pagi ni mama terlewat sikit bangun. Rupanya harini abang dah start exam (ada surat terbaru cikgu bagi). Spelling, Seni & B.Arab . Apa lagi, kelam-kabut lah. Walaupoun semalam kami dah practice buat kad ucapan utk P.Seni, tapi mama fikir nak buat penambah-baikan dan jadual asal seni adalah hari jumaat. Seb baik abang cool. HAHA.(abang memang always cool - mama jer selalu jadi 'tarzan'.. "abaanngg....cepaatttt!!"). Nasib baik jugak since Wednesday laast week mama dah kasik exercise spelling dan ejaan tu walaupun ingatkan benda tu jumaat - lambat lagi. Phew! Alhamdulillah. Sekarang, tugas aang yer nak buat betul-betul dalam exam. Mama doakan abang berjaya dunia akhirat. AMIINNN~

p/s : kesian Fadlie, anak cikyam. Dia pon overlook untuk P.Seni dan dari sekolah nangis-nangis call mak dia. At last dia balik ke rumah dan mak dia sempat bagi barang-barang asas sahaja. Weekend haritu dia well prepared untuk spelling jaa.




p/s : ini yang kami practice buat on Sunday ritu, the actual card tatau lagi cane Abang dah buat. hehe

Friday, October 23, 2009

:(

Luruh hati hamba,
Kecewa membuak di dada,
Bergenang air mata,
Tak terucap dek kata.

Tuesday, October 13, 2009

Sabar

Mendidik anak-anak ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Hampir-hampir juga mama gagal dalam ujian ini. Mujur ada abah yang sentiasa ingatkan mama.

Abah cakap, bagaimana nakal pon kalian, tak kira orang cakap apa pasal itu...tetap anggap kalian adalah yang terbaik dan anak-anak yang bijak yang ingin meneroka.

Mama dan abah sayang korang!

Tuesday, August 25, 2009

Idea, di mana dikau?

Hari ini Abah balik lambat. Kami berbuka berempat sahaja.
Mama dah kekeringan idea nak masak apa walaupun baru hari ke-4 berpuasa.
Puas satu bazaar ramadhan ditawaf tapi tidak membeli apa-apa.
Oklah. Mama have decided to cook...Nasi Goreng USA, Hotdog Roll & Oreo Blended.
Ok, time to cook. Nanti Mama update gambar ya!

p/s : gambar ada di sini.:p

Thursday, August 20, 2009

Mama kena keracunan makanan!

Waaaaaaa....seksa kena food poisoning ni. Pening, muntah, cirit! Habis satu pejabat mama ingat mama pregnant. Oh, no...not yet. hehehehehe.(Sebenarnya mama pon macam takut jugak).

Doktor bagi mama dua hari untuk berehat. Terima kasih kepada anak-anak mama yang sangat prihatin dan kasihan melihat mama mereka ini yang dah nak collapse.huhuhuhuh.

Saturday, August 15, 2009

Just another writing

cuit...!

Mask and H1N1


Terima kasih kepada MamaLin sebab bagi topeng ini untuk Abang.

Sotong Percik



Look deliciuos rite? heeee...tapi rasa tatau laa.

Tuesday, August 4, 2009

Fever, Cough & Flu

Harini abang tak pergi sekolah sebab abang demam. Dahlaa sekarang ni tengah kecoh pasal H1N1. Mama dan Abah rasa ada baiknya abang tak pergi sekolah hari ini...:(

Saturday, July 18, 2009

Doa Untuk Amalina

Poor Amalina. Sama-sama kita doakan dia. Melihat kepada keadaan Amalina terbaru cukup melegakan. Semua wayar untuk mengeluarkan cecair di kepala telah dikeluarkan. MamaSue dan S.P.E.3.1 doakan Amalina cepat sembuh!

Wednesday, July 15, 2009

Kena Denda



Semua orang lelaki dalam rumah ini telah didenda membersihkan bilik mandi....heeeee....

Tuesday, July 14, 2009

Lagi Menu Dinner - Nasi Goreng USA + Ice Blended Mocha

Gambar dari sisi.



Gambar dari atas.



Yang penting...mama still on diet...hehehehehe.

Da Cutest Way of Sleep

Tiga Budak Bertuah




Wajah Sedih Dedeq

Adik sa-orang yang sangat manja!

Monday, July 13, 2009

05/07/2009 - Tak Jadik Anta Moksu Thia

Sementelah menunggu kereta dicuci


Gambar ini diambil ketika kami semua berniat naakk jugak hantar Moksu Thia ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Tapi apakan daya, Lisa demam waktu itu. Ketika demamnya sedikit kebah dan kami bercadang meneruskan perjalanan, Moksu telefon mengatakan yang dia telah berjaya mendaftarkan diri dengan bantuan Pak Itam Han serta moral support dari Pak Andak Omar, Atuk dan Uwan Langat.

Moksu, nanti kami datang lawat Moksu kat sana ya!


Dedeq tension tak jadik pergi..huhuhuhu.

Dinner Menu - Nasi Goreng Alien + Jus de Zapple


Heeeee....baca Bismillah yer sebelum makan :p

Alahai Abang



Jawapan : Mama telah pun membelikan abang dua kotak pensil 2B selepas pulang dari kenduri kahwin Paktam Ghani. Mama sayang abang.

Should or shouldn't I ?

Mama pesan perkara ni sudah banyak kali dengan abang. Abang mesti sayang adik. Siapa lagi nak sayang adik kita kalau bukan kita sendiri? Kenapa abang buat macam ni? Kenapa abang selalu rasa sakit hati dengan kakak? Kenapa abang mesti pukul kakak?

Mula-mula di rumah. Mama dah tegur abang. Kemudian di dalam kereta Maklang Lela. Semasa di rumah pengantin perempuan* mama dah tinggikan suara. Abang sedih dan mama pesan jangan buat lagi. Sewaktu perjalanan pulang paling teruk... abang pukul adik bertubi-tubi walaupun masa tu mama tengah cakap berulang kali dengan abang, "sudahlah tu!". Mama pukul abang. TokWan marah mama sebab pukul abang. Tapi percayalah....mama sangat sayang abang. Mama nak abang jadi abang yang baik. Mama nak abang jaga adik-adik...sekiranya suatu hari nanti mama sudah tiada lagi... :(

* Semalam, Ahad (12/07/2009) Pak Itam Ghani telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan di Seksyen 19, Shah Alam.

Thursday, July 2, 2009

Rumah-ku Syorga-ku






Lisa : Ma, rumah ni kakak nampak bersepah jer. Kita juallah rumah ni...! [~ngaaaa~]

Mama : (dalam hati ) Anak mama, inilah rezeki Allah untuk kita berteduh sekarang ini. Alhamdulillah. InsyaAllah, mama akan cuba perbaiki kehidupan kita...AMIN.

Mama wish...Darwisy akan jadi seorang angkasawan satu hari nanti!!


Solat dan Mengaji

Hampir setiap malam sekarang ini mama dan abah mengulangkaji Mukaddam bersama Abang dan Kakak, selepas praktikal solat.


p/s : yang penting, telekung ittew mama buat sendiri :p

Wednesday, June 24, 2009

Abah @ school...:p

Ok, meh layan gambar abah pulak yang memang disebut-sebut sebagai jejaka idaman di seluruh kampung...hahahahah.

Abah @ sekolah rendah


Abah dengan adik-adik


Abah dengan Moksu Cu'a


Abah @ sekolah menengah



Opss...anak-anak. Jangan contohi 'signal' kawan-kawan abah tu ya..



Ok. Inilah kawan-kawan yang selalu memeriahkan kelas..



eh..eh...sape ni? heheheh...

Tuesday, June 23, 2009

Mama @ School... :p

PGL @ 17


~aahhh~ mama bertudung labuh gittew


mama versi tom***