Tuesday, June 29, 2010

Keputusan Peperiksaan Penggal Pertama 2010

Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan penggal pertama sekolah abang dah keluar. Untuk abang, walaupun keputusannya average tapi bagi mama, keseluruhannya boleh dikatakan membanggakan dan ada peningkatan di situ.

(Teras)
Bahasa Melayu. A

Bahasa Inggeris. B
(tapi markah 79 dan ada 2 soalan cikgu salah tanda...tapi takpe lah..)

Matematik. B
(yang ini memang mama geram jugak sebab abang boleh buat tapi careless sangat!! dah laa tu...fraction baru belajar hari khamis sebelum peperiksaan pada hari Isninnya..markah pon dapat 78...not so bad...hmmmm......)

Sains. A

(Elektif)
Agama. A
(paling tak disangka....walhal abang macam lemah jer bab agama..tapi dapat 90. Alhamdulillah)

Bahasa Arab. C
(yang ni mama tak dapek nak tolong sangat sebab mama lagi laaa tatau Arab ni...huhhuhuhuhu)
Muzik. B
Pendidikan Seni. A
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. A

Empat subjek teras tu memang mama beri perhatian penuh.Harap keputusan peperiksaan penggal ke-2 abang akan bertambah baik. Chaiyok2.

p/s : untuk menghadapi peperiksaan penggal ke-2 pulak, mama nak buat 'experiment' mengenai Fish Oil dan Kismis Tok Guru. Tunggu keputusannya!! :)