Showing posts with label Mama dan Abah. Show all posts
Showing posts with label Mama dan Abah. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

13 Syawal 1431

Last entri mama adalah pada 1 Ramadhan lalu. Lama betul tak update. Sangat sibuk dengan aktiviti di bulan Ramadhan, persiapan raya, PINDAH lagi! Dan, setelah hampir setengah bulan beraya...barulah sempat nak mengupdate cerita kami. Mama pon baru sahaja masuk kerja semalam setelah hampir 2 minggu bercuti. Inilah cuti paling lama pernah mama ambil. Haish. Risau juga. Mana tidaknya, baki cuti cuma tinggal empat hari sahaja lagi untuk sampai ke hujung tahun! OMG. Harap semua berjalan lancar.
Mama nak cerita (dan mengingatkan kembali) aktiviti kita sepanjang puasa dan raya yang lepas. Seminggu sebelum raya kita semua telah berpindah ke kuarters kerajaan di Putrajaya. Mama mengambil keputusan untuk berpindah memandangkan mama meneruskan pengajian di IPTA berdekatan. Harap mudah urusan penjagaan anak2 hendaknya. AMIN.
Raya tahun ni sepatutnya turn raya di sini, rumah uwan dan atok Hulu Langat. Tapi raya ke-2 kita semua telah holiday jalan-jalan ke KELANTAN. Pak Andak Omar yang ajak, mak usu Thia pon ikut sekali. Hampir seluruh Kelantan kita berjalan. Tumpat, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh, Pasir Mas, Kota Bharu, Pantai Sri Tujoh, Pantai Cahaya Bulan. Cuma Bachok je tak sempat pergi. :( Balik dari Kelantan kita menuju pula ke Baling ikut Tanah Merah-Jeli-Grik-Baling. Kami sempat melalui Tasik Banding. Sangat Cantik. Subhanallah. Berjalan-jalan di pekan Baling selama dua hari, kami balik ke Kuala Lumpur pada hari Khamis.
Abang dan Adik tak berapa sihat. Abang muntah-muntah dan adik hidung berdarah. Kakak maintain segar macam abah. Isnin sepatutnya Mama dah start kerja tapi adik cirit-birit pulak. Habis tilam dan bantal. Selasa baru mama mula bekerja. Kalian semua mama hantar ke rumah Tok Su-Uwan Ummi. Mula2 adik menangis teruk. Tapi masuk hari ke-2, semua sangat seronok. Abang siap pergi memancing dengan TokSu. Mama harap semua ini membawa kenangan yang baik untuk semua. Dan keputusan mama ini adalah terbaik untuk masa depan kita semua. AMIN.

Sunday, June 14, 2009

Mama and abah jatuh chenta...

Eh.Kata nak cerita fasal anak-anak? muehehehe...ye laa, sebelum ada anak-anak mesti nak ada kisah ni kan..? :p

From mama :

Mama kenal abah masa kerja part time @ Pizza Hut. Abah hantar dough thin pizza kat branch mama. "uiks.cute ar budak neh". Mama pon jadi malu-malu mioww bila abah ngorat mama.

skema @ PH

abah @ 18

Lepas tu mama pindah ke branch abah. We're getting closed. But unfortunately i knew that he had a girlfriend. Ok. Life must goes on...

kapel..ewaahhh..!!


Entah macam mana, abah tetap choose mama. Mama dah macam air kosong - sejuk dan tawar. Tapi...kan jodoh di tangan tuhan. Lepas abah masuk meminang, atuk Langat cakap, " kawin je ler..ko pon bukan cantik. nanti sape lagi nak kat ko?"...huwaaaaaaa.....statement atuk kejam. Finally kita bertunang on September 1999 dan getting married on 13.03.2000.

About abah from mama's perspective : semua orang cakap abah sangat kachak ~whoaa~. But as for me yang sangat impressed dengan abah ialah, abah sangat responsible, hardworking, sangat teliti dan cermat. Abah sanggup kerja susah demi untuk keluarga. Sanggup buat dua kerja untuk buat kita semua senang. Ketelitian abah merangkumi banyak hal. Abah juga sanggup berjaga untuk tampar nyamuk yang gigit korang...huhuhuhu...sayang abah.

Ok, abah...your turn.

p/s : abah still dont want to share his story with us. ..huhuhu..never mind. Perhaps one day he will :(