Thursday, April 15, 2010

Rawak

1. Ok. Ini RAWAk pertama di blog ini, since mama quite busy lately. Bukan apa, collegue mama berkursus dan bercuti (exam)..makanya mama kena tanggung kerja dia DAN kerja mama yang sedia ada banyak itu. Internet pula sangat 'naughty' lately, lebih-lebih lagi di pejabat yang semua habis disekat oleh pihak pengurusan. :(


2. Sambil buat kerja dalam keadaan 'tension' sebab segala bagai 'hiburan' internet tidak dapat digunapakai, mama menyentuh jerawat di hidung yang sangat mengganggu. hadoyai..


3. Keadaan rumah sangat tidak menyenangkan kerana mama telah gagal menguruskan masa dengan baik. Walaupun entri lepas mama menceritakan kejayaan mama mengurus rumah, tapi dalam rawak ini..nyata kegagalan berganda mengatasi kejayaan lepas. Kegagalan ini kerana terdapat aktiviti sampingan yang telah diselitkan di antara waktu ittew..seperti, bermain badminton pada Sabtu lepas dan melawat cik-Maz yang bersalin di HKL. Dengan ini, mama nak listdown perkara yang mama perlu buat :-


i) mop lantai
ii) basuh toilet
iii) cuci peti ais
iv) lap tingkap, tv, kipas
v) sapu sawang (ala....cam dah jadi rumah berhantu daaa....)
vi) mengemas kain baju ( waaaaaaaaa...ini perkara rutin yang paling malas nak buat!! )


4. Abah sangat jarang berada di rumah. Ada beberapa perkara yang mama tidak dapat buat tanpa abah..sebagai contoh, paip yang longgar itu yang akan mengakibatkan kenaikan bil air. Oh Abah, tolong mama eh settlekan paip ittew..:)


5. Sambil mama menaip entri ini rupanya cik Fad membaca dari belakang-sambil dia membuat kerja fotostet..DAN kak-Ton menepuk-nepuk geram bahu mama atas kechomelan mama.
HAHAHAHA.. oh ya, Kak Pis juga menyibuk rupanya di belakang mama ini..heeeeeeeee


6. Jahitan. Yer...projek jahitan mama dah membukit tu. Nak jahit baju Cik Ana nak konvo, nak alter seluar paklang, nak jahit baju kerja mama yang dah siap bergunting itu. Mama ni dah kerja hampir setengah tahun di PNM ni...baju dah berpuluh kali rotate yang sama...waaaaaaaaaaaaaaaa...nak pakai baju baru :(


7. Diet-mam-failed-lagi. ehe