Monday, July 13, 2009

Should or shouldn't I ?

Mama pesan perkara ni sudah banyak kali dengan abang. Abang mesti sayang adik. Siapa lagi nak sayang adik kita kalau bukan kita sendiri? Kenapa abang buat macam ni? Kenapa abang selalu rasa sakit hati dengan kakak? Kenapa abang mesti pukul kakak?

Mula-mula di rumah. Mama dah tegur abang. Kemudian di dalam kereta Maklang Lela. Semasa di rumah pengantin perempuan* mama dah tinggikan suara. Abang sedih dan mama pesan jangan buat lagi. Sewaktu perjalanan pulang paling teruk... abang pukul adik bertubi-tubi walaupun masa tu mama tengah cakap berulang kali dengan abang, "sudahlah tu!". Mama pukul abang. TokWan marah mama sebab pukul abang. Tapi percayalah....mama sangat sayang abang. Mama nak abang jadi abang yang baik. Mama nak abang jaga adik-adik...sekiranya suatu hari nanti mama sudah tiada lagi... :(

* Semalam, Ahad (12/07/2009) Pak Itam Ghani telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan di Seksyen 19, Shah Alam.

0 comments: