Friday, January 22, 2010

Mari Baca Buku

Tahun 2010 mama punya azam baru untuk anak-anak mama. Eh, boleh gitu? Haha. Untuk memantapkan program 'mencerdikkan anak-anak mama' yang mana mama telah buat beberapa garis panduan (nanti mama update garis panduan itu ya), mama telah memasukkan program 'Mari Baca Buku'.

Mama telah pun mendaftarkan korang sebagai Ahli Perpustakaan dengan jayanya. Dan Mama juga telah membuka sebuah buku rekod pembacaan sebagai pengukur kekerapan pembacaan abang. Di dalam buku tersebut terdapat tarikh tamat baca, tajuk buku & ringkasan isi kandungan.





Alhamdulillah. Setakat ini setengah bulan pertama Januari 2010, tiga buah buku telah abang baca. Mari kita tunggu dan lihat berapakah jumlah buku yang telah dibaca oleh abang sepanjang tahun ini. Semoga Berjaya!