Thursday, September 8, 2011

Tidak Sihat

Entah kenapa kebelakangan ini mama asyik kurang sihat sahaja.

Tengah hari ini kepala macam diletakkan berkilo-kilo batu. Rasa nak termuntah pun ada. Badan sakit-sakit. Akhirnya mama tak lalu makan tengah hari.

Masa dalam perjalanan nak ambik abang dari sekolah, tiba-tiba mama teringat kat semua anak-anak mama. Rasa macam nak cium korang puas-puas.

Mama pon tak tahu apa sakit mama. Doakan mama dapat tengok korang membesar dan menjadi orang berjaya ya. :(

Kebetulan uwan-Rahah pon tidak sihat. Kulit uwan melepuh teruk kerana alahan dan ianya sukar untuk baik kerana uwan penghidap diabetis. Doakan untuk uwan sekali ya.

Alahai soalan

Di atas motor menuju ke nurseri.

Lisa : Mama, Lisa Surihani tinggal mana?

Mama : Alahai anak. Omak tak tahu, omak tak kawan dengan dio. Mungkin abah kau peminat setio Lisa Surihani. Balik abah nanti kito tanyo yo.!

Alahai anak. Soalan kau memang mencabar minda betoll llaah! ehe~

Tuesday, September 6, 2011

Catatan Raya Siri 3 - Sedih

Ok. Ini mungkin hanya perasaan mama. Harap apabila kalian membacanya, pertimbangkanlah sewajarnya. Mama pun hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan dan kekhilafan.


Hari raya yang lepas (2011) banyak sangat menyentuh hati mama. Itu lah...kata orang tua-tua, jauh bau wangi..dekat bau tahi. Seperti tahun-tahun lepas, keluarga kita adalah paling lama akan menginap di kampung. Adik beradik abah yang lain macam Mak Anjang dan Mak Lang (mertua tinggal berdekatan) akan pulang ke rumah mertua secara alternate. Paklong pula biasanya menghabiskan masa di rumah tok & tokwan tidak melebihi 48jam.


Mama akui kesilapan mama. Mama memang bukanlah seorang ibu yang baik, mama bukan seorang ibu yang penyabar. Mama membesarkan kalian dengan jumlah kehadiran abah yang sangat sedikit. Ini bermakna mama sedaya upaya membesarkan kalian dengan cara mama tersendiri. Berkemungkinan cara mama agak kasar. Mama juga terbawa-bawa. Mama sukar mengawal perasaan di hadapan orang kerana banyak menghabiskan masa bersama kalian hanya di rumah. Akibatnya, mama melepaskan marah terhadap kakak di rumah Toklong Zul di Kupang. Tokwan berkecil hati dengan sikap mama dan mengambil sikap menyisihkan mama. Alahai...sudahlah berada di tempat orang, dibenci dan disisih pula. Sedih mama bukan kepalang, terbawa-bawa sehingga pulang. Sebab itu mama katakan, entah kan bila lagi kita akan beraya di sana.


Kecil hati mama tidak jatuh kepada satu perkara. Mama sangat berkecil hati bila anak-anak mama diperkatakan dan diperlakukan seperti kucing (binatang) yang tidak diperlukan. Kasihan sangat mama dengan dedeq. Mama tahu dedeq nakal berbanding dengan sepupu kalian Qaseh dan Dania. Mereka itu perempuan, mana kan sama perlakuan dengan budak lelaki seperti dedeq. Kalau diperhatikan, nama kalian sudah tidak disebut lagi oleh pakcik Aman mahupun tok dan tokwan. Kalau ada pun, cuma dengan nada kemarahan dan kebencian.


Mama tidak berniat untuk menjauhkan kalian daripada tok dan tokwan. Tapi mama rela menunggu kalian sedikit besar sebelum membawa berjumpa dengan mereka. Mama taknak lagi melihat kalian dimarah dan dimaki. I just can't.....hmmm...........I am sorry. :(


Akhir kata, mama mengharapkan lebaran akan datang lebih bermakna buat kita anak beranak. Kesusahan yang kita hadapi menjadi pengajaran untuk kita menghadapi hari mendatang dengan lebih baik, InsyaAllah.

Catatan Raya Siri 2 - Takdak Air!!!

Oh oh...ini paling memeningkan. Memandangkan mama mengalami 'keuzuran' maka keadaan tanpa air adalah sangat azab!! Mama perlu mencuci kekotoran ittew!!

Hari pertama, kami menggunakan segala bekalan air yang ada. Kami mengharapkan bekalan akan bersambung semula pada petang atau keesokan harinya. Tetapi harapan tinggal harapan...hadoyai~

Hari ke-2, kami menumpang mandi di rumah Tok-Nek Yah. Bekalan air minuman pula dibeli di Giant Kulim. Masuk hari ke-3, seawal pagi kami telah pergi mandi ke kaki Gunung Bongsu di Karangan. Alhamdulillah pada petangnya bekalan air telah disambung kembali meskipun tidak berterusan.

Abah berhajat nak buatkan tokwan perigi atau boring. Harap semua menjadi kenyataan.

Catatan Raya Siri I - Aaahhhhh...Semput Lagi!

Hi semua. Mama masih bengang dengan template blog ni yang huduh. Mama punya masa yang kurang untuk memperbaikinya. Ahad ini mama ada satu paper nak sit-TITAS. Harap mama boleh buat dengan baik (harapan saja occay!! mana taknya.....buku langsung tidak diusik ketika cuti raya yang lepas).


Banyak benda berlaku ketika raya yang lepas. Raya Tahun 2011 adalah giliran kita beraya di Kedah. Kita bertolak pulang ke kampung pada hari Ahad(28/08/2011) pukul 11.00malam dan tiba di Selama, Kedah untuk bersahur pada pukul 4.30 pagi. Sepanjang perjalanan ke Kedah hujang mengiringi kita. Untuk itu, abah terpaksa memasang penyaman udara sepanjang perjalanan. Bayangkan sahaja, dengan sejuk malam, sejuk penyaman udara, sejuk hujan...semuanya bagai pakej lengkap untuk penghidap asthma seperti mama, abang dan dedeq! Ditambah pula dengan musim perayaan sering dihidangkan dengan air batu dan berkabonat. Oleh itu, kita banyak menghabiskan masa di Hospital di sekitar rumah tok seperti Hospital Baling, Hospital Kulim dan Hospital Selama.


Doktor di Hospital Baling menyatakan yang Baling ialah one of the coolest place in Malaysia. Really? Never knew....hmmm... mungkin sebab berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan dan juga Utara Banjaran Titiwangsa.


Mama patut lebih bersedia untuk musim perayaan akan datang....itupun kalau kita beraya ke sana lagi. :(