Monday, December 5, 2011

Pulang Ke Kampung Pada Cuti Sekolah

Hari Khamis (01/12/2011) yang lepas mama dan abah telah menghantar abang, kakak dan dedeq pulang ke kampung di Baling, Kedah. Keputusan ini bukan atas dasar pentingkan diri sendiri (ya, sesetengah orang cakap mama nak senang pergi belajar sebab tu hantar anak ke kampung) tapi hanya Allah yang tahu perasaan mama.


Kita bertolak pada pukul 12.00 tengah malam (kerana abah baru pulang dari bertugas luar kawasan-Cherating) dan tiba di kampung pada pukul 4.00pagi (02/12/2011). Pada pukul 9.00 pagi mama dan abah telah pulang kembali ke Kuala Lumpur dan tiba pada pukul 1.00 tengah hari. Fuuuhhhh...itu antara kerja gila yang mama dan abah selalu buat bersama. Haha.


Dulu pernah juga kami buat macam ni. Masa Abang kecil, masa kami masih menggunakan kereta Kancil. Selepas solat subuh kami pergi sarapan dan jalan-jalan sepanjang pantai dari Kelang sehingga Perak dan terus ke rumah TokYah (arwah)! Hahaha.


Hari ini adalah hari ke-empat anak-anak mama tiada depan mata. Semalam mama dan abah solat jemaah tanpa kalian. Hati rasa sangat sayu. Mungkin inilah perasaannya nanti bila anak-anak sudah besar dan tidak tinggal sekali dengan mama dan abah lagi... :(


Tapi setiap hari hati mama tidak lupa untuk sentiasa mendoakan anak-anak mama supaya sentiasa dilindungi. Amin ya rabbal a'lamin.

Tuesday, November 1, 2011

Cepatlah Perbaiki

Ohh..dah lama mama tak update blog kita ni. Tahu sajalah kalau di rumah manalah ada masa nak buat ini semua. Masa yang ada dicuri-curi ketika berada di pejabat. Tapi malangnya beberapa aplikasi tidak dapat dilakukan kerana disekat.

Bila lihat rupa blog yang tak menawan ini mood nak menulis terus terhenti. Aduuh. Harap mama dapat perbaiki ini secepat mungkin..dan terus memuat naik gambar serta cerita kalian yang terbaru :)

Wednesday, October 5, 2011

Dah Sihat!

Alhamdulillah. Mama dah semakin sihat. Selepas Ibu Saemah kasi mama makan suppliment Shaklee Multivitamin, mama lebih bersemangat mengharungi hari-hari mendatang untuk menguruskan rumah dan anak-anak mama.

Mama juga akan memulakan kelas untuk semester ke-3 pada hujung minggu ini. Doakan mama terus cemerlang ye.

Thursday, September 8, 2011

Tidak Sihat

Entah kenapa kebelakangan ini mama asyik kurang sihat sahaja.

Tengah hari ini kepala macam diletakkan berkilo-kilo batu. Rasa nak termuntah pun ada. Badan sakit-sakit. Akhirnya mama tak lalu makan tengah hari.

Masa dalam perjalanan nak ambik abang dari sekolah, tiba-tiba mama teringat kat semua anak-anak mama. Rasa macam nak cium korang puas-puas.

Mama pon tak tahu apa sakit mama. Doakan mama dapat tengok korang membesar dan menjadi orang berjaya ya. :(

Kebetulan uwan-Rahah pon tidak sihat. Kulit uwan melepuh teruk kerana alahan dan ianya sukar untuk baik kerana uwan penghidap diabetis. Doakan untuk uwan sekali ya.

Alahai soalan

Di atas motor menuju ke nurseri.

Lisa : Mama, Lisa Surihani tinggal mana?

Mama : Alahai anak. Omak tak tahu, omak tak kawan dengan dio. Mungkin abah kau peminat setio Lisa Surihani. Balik abah nanti kito tanyo yo.!

Alahai anak. Soalan kau memang mencabar minda betoll llaah! ehe~

Tuesday, September 6, 2011

Catatan Raya Siri 3 - Sedih

Ok. Ini mungkin hanya perasaan mama. Harap apabila kalian membacanya, pertimbangkanlah sewajarnya. Mama pun hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan dan kekhilafan.


Hari raya yang lepas (2011) banyak sangat menyentuh hati mama. Itu lah...kata orang tua-tua, jauh bau wangi..dekat bau tahi. Seperti tahun-tahun lepas, keluarga kita adalah paling lama akan menginap di kampung. Adik beradik abah yang lain macam Mak Anjang dan Mak Lang (mertua tinggal berdekatan) akan pulang ke rumah mertua secara alternate. Paklong pula biasanya menghabiskan masa di rumah tok & tokwan tidak melebihi 48jam.


Mama akui kesilapan mama. Mama memang bukanlah seorang ibu yang baik, mama bukan seorang ibu yang penyabar. Mama membesarkan kalian dengan jumlah kehadiran abah yang sangat sedikit. Ini bermakna mama sedaya upaya membesarkan kalian dengan cara mama tersendiri. Berkemungkinan cara mama agak kasar. Mama juga terbawa-bawa. Mama sukar mengawal perasaan di hadapan orang kerana banyak menghabiskan masa bersama kalian hanya di rumah. Akibatnya, mama melepaskan marah terhadap kakak di rumah Toklong Zul di Kupang. Tokwan berkecil hati dengan sikap mama dan mengambil sikap menyisihkan mama. Alahai...sudahlah berada di tempat orang, dibenci dan disisih pula. Sedih mama bukan kepalang, terbawa-bawa sehingga pulang. Sebab itu mama katakan, entah kan bila lagi kita akan beraya di sana.


Kecil hati mama tidak jatuh kepada satu perkara. Mama sangat berkecil hati bila anak-anak mama diperkatakan dan diperlakukan seperti kucing (binatang) yang tidak diperlukan. Kasihan sangat mama dengan dedeq. Mama tahu dedeq nakal berbanding dengan sepupu kalian Qaseh dan Dania. Mereka itu perempuan, mana kan sama perlakuan dengan budak lelaki seperti dedeq. Kalau diperhatikan, nama kalian sudah tidak disebut lagi oleh pakcik Aman mahupun tok dan tokwan. Kalau ada pun, cuma dengan nada kemarahan dan kebencian.


Mama tidak berniat untuk menjauhkan kalian daripada tok dan tokwan. Tapi mama rela menunggu kalian sedikit besar sebelum membawa berjumpa dengan mereka. Mama taknak lagi melihat kalian dimarah dan dimaki. I just can't.....hmmm...........I am sorry. :(


Akhir kata, mama mengharapkan lebaran akan datang lebih bermakna buat kita anak beranak. Kesusahan yang kita hadapi menjadi pengajaran untuk kita menghadapi hari mendatang dengan lebih baik, InsyaAllah.

Catatan Raya Siri 2 - Takdak Air!!!

Oh oh...ini paling memeningkan. Memandangkan mama mengalami 'keuzuran' maka keadaan tanpa air adalah sangat azab!! Mama perlu mencuci kekotoran ittew!!

Hari pertama, kami menggunakan segala bekalan air yang ada. Kami mengharapkan bekalan akan bersambung semula pada petang atau keesokan harinya. Tetapi harapan tinggal harapan...hadoyai~

Hari ke-2, kami menumpang mandi di rumah Tok-Nek Yah. Bekalan air minuman pula dibeli di Giant Kulim. Masuk hari ke-3, seawal pagi kami telah pergi mandi ke kaki Gunung Bongsu di Karangan. Alhamdulillah pada petangnya bekalan air telah disambung kembali meskipun tidak berterusan.

Abah berhajat nak buatkan tokwan perigi atau boring. Harap semua menjadi kenyataan.

Catatan Raya Siri I - Aaahhhhh...Semput Lagi!

Hi semua. Mama masih bengang dengan template blog ni yang huduh. Mama punya masa yang kurang untuk memperbaikinya. Ahad ini mama ada satu paper nak sit-TITAS. Harap mama boleh buat dengan baik (harapan saja occay!! mana taknya.....buku langsung tidak diusik ketika cuti raya yang lepas).


Banyak benda berlaku ketika raya yang lepas. Raya Tahun 2011 adalah giliran kita beraya di Kedah. Kita bertolak pulang ke kampung pada hari Ahad(28/08/2011) pukul 11.00malam dan tiba di Selama, Kedah untuk bersahur pada pukul 4.30 pagi. Sepanjang perjalanan ke Kedah hujang mengiringi kita. Untuk itu, abah terpaksa memasang penyaman udara sepanjang perjalanan. Bayangkan sahaja, dengan sejuk malam, sejuk penyaman udara, sejuk hujan...semuanya bagai pakej lengkap untuk penghidap asthma seperti mama, abang dan dedeq! Ditambah pula dengan musim perayaan sering dihidangkan dengan air batu dan berkabonat. Oleh itu, kita banyak menghabiskan masa di Hospital di sekitar rumah tok seperti Hospital Baling, Hospital Kulim dan Hospital Selama.


Doktor di Hospital Baling menyatakan yang Baling ialah one of the coolest place in Malaysia. Really? Never knew....hmmm... mungkin sebab berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan dan juga Utara Banjaran Titiwangsa.


Mama patut lebih bersedia untuk musim perayaan akan datang....itupun kalau kita beraya ke sana lagi. :(


Saturday, August 13, 2011

ter...!!!

alahai...template feveret blog ku yang cantik dah hilang gara-gara nak update blog untuk TITAS.huhuhu...

Friday, August 5, 2011

Day 4


Pejam celik pejam celik daaa masuk hari ke-5 kan? Hmm..di atas adalah menu hari ke-4 berbuka, sejajar dengan arahan abah supaya berjimat chermaat~


Perasan tak lauk pauh di atas. Iya, disebabkan di atas itulah abah menegur perbuatan membazir dan tidak menggalakkannya. Lebih baik dalam keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran. :)


1) Gulai lemak cili-tak-berapa-berapi ketam semalam yang dipanaskan

2) Sambal terung semalam yang dipanaskan

3) Ikan goreng semalam telah bertukar menjadi ikan masak kicap (yang ini licin)

4) Salad kobis + sosej + kentang + carrot

5) Nasi goreng ikan (hasil daripada ikan semalam yang dicarik/racik)


Semalam juga abah sebenarnya ada buat permintaan suruh mama buat Pecel Lele tapi memandangkan makan pon mama tak pernah, macam mana nak buat? Mana nak tahu sama atau tidak rasanya, kan? Jadinya abah pun membeli.....


6) Dua (2) set Pecel Lele - satu tu betul laa Lele (ikan keli) tapi satu lagi abah mintak tukar ayam goreng.


Memandangkan semalam juga hujan, kami cuma minum....


7) Teh O Panas sahaja.






Oh ya. Semalam juga gigi kakak yang goyang tu dah tanggal, nak bagi tempat kat gigi baru yang dah tumbuh tu.


Sekian.


p/s : abah takde, pergi Kelantan sampai 09/08/2011.




Thursday, August 4, 2011

Day 3

Masak Lemak Ketam

Sambal Terung

Ikan Kembung Goreng

Stim squid + Broccoli + Carrot + Potato

Cekodok + Kuah Kacang

Kurma

Air Limau Nipis Special





Menu hari ke-3 adalah sangat meriah dan agak mewah tapi mendapat teguran daripada abah :(

Ini adalah hidangan keluarga kita paling meriah dan mewah memandangkan abah suka kita berbuka dalam keadaan sederhana.



Sebenarnya;

1) masak lemak ketam permintaan istimewa abang memandangkan dah lama tak makan,

2) memandangkan abah kurang gemar makanan laut, mama buat sambal terung dengan ikan goreng untuk abah,

3) sayur tu lebih kepada mama, abah dah pesan jangan letak sotong tapi mama saja nak pelbagaikan....kaannnn dah kena tegur dengan abah!! :(

4) cekodok tu pulak mama buat sebab kuah kacang semalam masih berbaki,

5) air limau nipis special tu pulak sebab mama nak abiskan aiskrim kat dalam peti ais yang dah mencair disebabkan peti ais comel kita tidak mampu memberi kesejukan disebabkan oleh kepadatan...hahahha....


It's end up dengan makanan atas meja nampak meriah, dan ditegur oleh abah...:(



Sekian.






Wednesday, August 3, 2011

Day 2

Ice Blended Mocha with Ice Cream Milo Tabo~



Pecal + Mee + Kurma + Limau Bali

(pecal meriah dengan set vitamin sayur dan set protien)

(kuah juga set pedas dan set tak pedas)


Sedap pada tekak mama yang memang gilakan sayur tapi kureng bagi budak-budak. Abah maintain layannn. Hehe. Abang Daniel memang gemar kuah kacang tapi kakak dan dedeq tak berapa sangat, makan sikit saja and finally dalam pukul 9.00pm depa makan cornflakes bermangkuk (yang sebenarnya memang favourite mereka).


Oh ya, hari ke-2 berpuasa pada tahun 2011 adalah hari pertama dalam hidup Kakak Lisa berpuasa penuh, ALHAMDULILLAH.


Tuesday, August 2, 2011

Day 1

Tempting kan? Haha.Perasan.

Okey. Memandangkan mama nak berdiet (kononnya) di bulan puasa ini, maka hidangan sebeginilah menjadi santapan kita. In fact, mama dah siapkan menu untuk Ramadhan kali ini.

Untuk hari pertama, kakak puasa sampai pukul 6.00pm sahaja :(
Teacher Aida kata kakak merengek dek terlalu lapar. Takpelah..at least you've tried. Kita tengok hari ke-2 pulak ye.

Lepas berbuka hari pertama.....dek (terlalu sedap makanan mama masak.hehe) terlalu penat, abah dah collapse lepas solat maghrib. Tak sempat mama nak ambil gambar, abah dah bangun. Mungkin abah kagum dengan diri mama yang sangat energatic (haha.perasan ok!!!) yang terus-terusan menguruskan rumah ......sampai pukul 11.30pm. Haaaiihhh~ letih ooo~. Abah bangun terus cuci tandas, siap buat plumbing lagi! Cayalah abah. Beruntung tau kita ada abah macam ni.

Pagi Puasa ke-2 kita bersahur nasi berlaukkan sardin + telur + daun salad. Alhamdulillah rezeki untuk hari itu.

Memandangkan tahun depan umur kakak bakal menginjak 7 tahun, mama memasang harapan dan tengah berusaha untuk mengajar kakak solat. Mama mulakan dengan bulan Ramadhan tahun ini (amibil berkat). Alhamdulillah, kakak hanya perlu melakukan lebih banyak praktikal, InsyaAllah.

Baju raya uwan Langat dah siap sepasang, one more to go. Lepas ni nak siapkan baju-baju mama sebelum buat baju kakak dan moksu Thia. Doakan mama berjaya ya! Heeeee

Doakan kebahagiaan kami sekeluarga. AMIN.

Sunday, March 27, 2011

Hospital~~

Ini gambar kakak semasa sebelum dan selepas pembedahan pembuangan appendiks.


Ini pula dedeq sepanjang pindah putrajaya, kerap pula diserang asma. :(

Saturday, March 26, 2011

Rumahku bersepah (sila maafkan saya seorang student ) :p

Harini mama takde cerita pon, cuma nak bawak keliling rumah kita, syurga kita. Walaupun sederhana, alhamdulillah kita selesa dan bahagia hendaknya.

Langsir. Ok, sila abaikan langsir pelbagai warna itu.haha. Actually, itu je bajet yang ada. :p




Bilik juga agak bersepah, ye, ye..mama tahu. Almaklumlaaa, mama ni kan student takdak masa..huhuh.

Ya ampuuunn..lagi laa takde mahap kan? haha.LOL. nanti laa, mama cuti semester akan datang kita buat spring cleaning ye? :p
(ehem..lapik periuk ittew mama buat sendiri taw!)

Friday, March 11, 2011

Update!

Haishh...bila mama lihat kembali blog ni, sebenarnya banyak peristiwa-peristiwa sangat penting lupa untuk mama tulis.

Petang Jumaat yang berkat ini mama nak buat catatan peristiwa yang berlaku dalam hidup kita kebelakangan ini.

Sebelum rumah kita dimasuki pencuri, lupa untuk mama beritahu....kakak telah menjalani pembedahan membuang appendiks yang telah pecah pada 03/12/2010. SEBENARNYA PERISTIWA INI ADALAH LEBIH DAN SANGAT PENTING. Kasihan kakak. Mama dan abah tak sangka kakak ada appendiks. Dua hari sebelum itu, kakak ada beritahu sakit perut sangat-sangat, tapi sebab kakak tak berak dan muntah, mama rasa itu bukan keracunan. Tetapi masuk hari kedua kakak demam. Mama fikir pasti ada jangkitan kuman di mana-mana bahagian badan kakak, dan keesokan harinya selepas solat subuh mama dan abah terus bawa kakak ke Hospital Putrajaya.

Alangkah terkejutnya mama dan abah doktor mengesahkan kakak bukan sahaja mempunyai appendiks malah telah pecah dan perlu dibuang segera. Doktor terus mengarahkan kakak berpuasa selama 8 jam. Pukul 8.30 malam barulah kakak dibawa ke Dewan Bedah setelah kekosongan jadual. Proses untuk pulih sepenuhnya memakan masa 2 bulan dan selama itulah mama membawa kakak hampir setiap hari ke Hospital Putrajaya untuk mencuci luka. Mama terpaksa mengabaikan pandangan serong majikan demi kakak. Alhamdulillah, kerana semangat kakak yang kental kakak pulih dengan pantas, in fact kakak sangat kuat berpantang. :)



7hb Februari, pengasuh yang kalian panggil IBU (A2-T01-U01) datang ke rumah. Hairan juga mama. Rupanya, dia menyatakan ketidak sanggupannya menjaga kalian lagi. Lagi sekali ujian untuk mama. Mana kan mama cari pengasuh baru dalam jangka waktu terdekat. Tapi ALLAH itu kan maha mengasihi. Pada 15hb Februari atuk abah, TOKNEK HAMID meninggal dunia. Pulang dari Kedah, Mak Usu Asuha telah menetap bersama kita dan dialah menjaga kalian sehingga hujung bulan Februari. Alhamdulillah. Sepatutnya bermula bulan Mac kalian tinggal di nursery di Presint Diplomatik.

Tapi, sangat sedih dan kasihan dengan kakak, 1hb Mac kakak terkena air panas sewaktu hendak mandi pagi itu. Ya, allah. Ujian ini sangat berat untuk mama. Aduhai, maafkan mama ye sayang.


Biasanya kakak mandi air sejuk je, tapi hari itu kakak insist nak mandi air panas. Disebabkan air dalam baldi itu hampir penuh, mama memerlukan 2 jag air panas untuk jadikan air itu suam. Setelah tuang air panas ke dalam baldi, mama hantar dulu jag ke sinki (sebab tangan tak cukup nak kacau air yang telah dicampurkan). Lagipun, sewaktu mama menuang air panas ke dalam baldi, sejumlah air masuk ke dalam gayung yang berada di dalam baldi. Dan sewaktu mama menghantar jag air itu ke sinki dapur, waktu itulah kakak masuk ke bilik mandi dan terus menyiram badan menggunakan air yang ada di dalam baldi. Mama rasa menyesal sangat sebab tak kacau air yang bercampur tadi. Menyesal sangat. :(

Tapi kakak seorang yang kuat dan cekal, terutama bab-bab pantang. Sepanjang menjaga luka, kakak memang menjadi kurus kerana tidak makan itu dan ini yang dirasakan akan memudaratkan kecederaan. :) Oleh itu, kurang dari 3 minggu kakak sudah pulih sediakala. Alhamdulillah.

Mama berdoa kepada Allah agar semua anak mama dijauhi dari segala musibah selepas ini. AMIN. Sayang kamu semua.

Tuesday, January 25, 2011

SEDIH : RUMAH KITA DIMASUKI PENCURI

Nak cerita macam sedih. Tapi sebagai pengajaran untuk semua.

Pada 09/01/2011 yang lepas, pencuri berjaya menyelinap masuk ke rumah (kuarters) kita di Putrajaya, akibat kelalaian semua.

Begini. Pagi itu mama menduduki peperiksaan. Memandangkan esoknya masih ada satu lagi kertas, mama dan kawan-kawan mama terus mengulangkaji pelajaran di C3. Mak Usu ada bersama. Tapi entah bagaimana terlepas pandang, mak usu yang pada waktu itu ralit menggunakan komputer di bilik mama tidak perasan yang pintu terbuka luas tidak berkunci. Kalian sibuk turun dan naik bermain di taman.

Mungkin peluang yang ada di depan mata menyebabkan ada orang mengambil kesempatan menyelinap masuk dan mengambil dompet mak usu dan tabung Abang Daniel (yang terletak di bilik paling belakang, paling hampir dengan pintu masuk).

Sangat menjadi pengajaran buat mama dan mak usu, hendaknya. Juga sangat mencabar mama ketika itu yang sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan dengan keadaan yang sedikit tertekan.

Bagaimanapun semua telah pun selesai dan mama mengambil sikap optimis dengan percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tuhan beri. AMIN. :(

Dedeq dah berhenti sekolah

Tajuk karangan : hangat-hangat tahi ayam. (ekceli abang kena buat karangan tajuk peribahasa) :p

Dedeq dahpun berhenti sekolah. Dua minggu sahaja bersekolah. Lepas tu dia mula tak nak pergi sekolah. Kebetulan dedeq pon mula nak dapat asthma. Mungkin sebab kerap mandi pagi. Abah cakap takpe lah. Lagipun dedeq belum pun masuk 4 tahun. TAPI, no excuse for next year occay!! :)

p/s : hangat-hangat tahi ayam itu bukan mama yer (walaupun mama yang bersungguh-sungguh nak dedeq sekolah. hehe) tapi keadaan yang tidak mengizinkan. heeeeee

Tuesday, January 4, 2011

ABANG, KAKAK& DEDEQ BERSEKOLAH

Tahun 2011 memulakan mama dengan tugas lebih mencabar terutama dalam pengurusan waktu yang cemerlang demi anak-anak.

Abang sudah pun masuk darjah 4 dan bersekolah di Sek.Keb. Presint 14 (1), PUTRAJAYA.

Kakak pulak tadika 6 tahun SMART READER, Presint Diplomatik dan Dedeq pula baru nak belajar dunia berkawan di Tabika Perpaduan Presint 15 (Blok C2).

Tugas mama bertambah setiap pagi dari bangun tidur pukul 5.30 pagi dengan perkara pertama menggosok baju (tugas ini mama perlu tukar kepada sebelah malamnya tapi buat sementara waktu ini mama terpaksa buat di sebelah pagi kerana mengulangkaji pada sebelah malam), menyediakan sarapan (dan makan tengah hari untuk abang), menyiapkan kalian bertiga, menghantar abang ke sekolah, balik ke Presint 15 mengambil Makusu (sementara mak usu masih praktikal di MOSTI) dan hantar ke pejabat, pulang semula ke Presint 15 untuk menghantar kakak dan dedeq ke sekolah HAISHHH~~~

Ini baru sebelah pagi. Tengah hari pula, (minta kebenaran daripada bos untuk keluar 1/2jam lebih awal) pukul 12.30pm pergi ambil kakak di Presint Diplomatik dan dedeq di Presint 15 untuk hantar ke rumah pengasuh(Ibu Salmi) di Blok A2, tingkat satu. Lepas itu pergi ke Presint 14 untuk menjemput abang pulang dari sekolah pada pukul 1.05tgh hari. Bawa balik ke rumah, makan tengah hari, dan siapkan untuk pergi ke sekolah agama pada pukul 1.50 sebab mama kena pulang ke pejabat tepat pukul 2.00pm.

Petang pula, meyiapkan persediaan memasak untuk dinner (kadang2 untuk minum petang sekali) sambil menguruskan hal-hal kain (basuh, sidai, angkat & lipat). Malam adalah untuk mengulangkaji dan membuat kerja sekolah untuk semua (termasuklah mama. hehehehhehe).
Tahun ini juga (di semester ke-2 yang bermula Mac 2011) mama akan mengambil 5 subjek dan memerlukan mama menghadiri kuliah sehingga pukul 10 malam.
Persoalannya, mampukah?????
Insya Allah. Doakan mama yer semua!. AMIN.

SILA SABAR

Kadang-kadang macam nak hilang sabar pulak dengan anak-anak ni.

Mana tidaknya, mama dah suruh abang jangan layan sangat adik bergurau. Tapi abang tak dengar kata, sampai adik batuk and the worst part is, adik muntah atas semua nota tangan mama! (dah laa kertas mama tu takde kualiti).huhuh.

Kesannya, malam tu mama tak jadi study (untuk menghadap peperiksaan yang tinggal 2 hari saja lagi) dan Auntie Vithya terpaksa pulang menengokkkan mama yang dah naik hantu. Nak tulis balik nota tu pon rasa macam tak berbaloi.

Mama anggap ini dugaan dan mama yakin Allah mesti nak beri kita sesuatu, sebab itu Dia duga mama macam ini. :(