Friday, March 11, 2011

Update!

Haishh...bila mama lihat kembali blog ni, sebenarnya banyak peristiwa-peristiwa sangat penting lupa untuk mama tulis.

Petang Jumaat yang berkat ini mama nak buat catatan peristiwa yang berlaku dalam hidup kita kebelakangan ini.

Sebelum rumah kita dimasuki pencuri, lupa untuk mama beritahu....kakak telah menjalani pembedahan membuang appendiks yang telah pecah pada 03/12/2010. SEBENARNYA PERISTIWA INI ADALAH LEBIH DAN SANGAT PENTING. Kasihan kakak. Mama dan abah tak sangka kakak ada appendiks. Dua hari sebelum itu, kakak ada beritahu sakit perut sangat-sangat, tapi sebab kakak tak berak dan muntah, mama rasa itu bukan keracunan. Tetapi masuk hari kedua kakak demam. Mama fikir pasti ada jangkitan kuman di mana-mana bahagian badan kakak, dan keesokan harinya selepas solat subuh mama dan abah terus bawa kakak ke Hospital Putrajaya.

Alangkah terkejutnya mama dan abah doktor mengesahkan kakak bukan sahaja mempunyai appendiks malah telah pecah dan perlu dibuang segera. Doktor terus mengarahkan kakak berpuasa selama 8 jam. Pukul 8.30 malam barulah kakak dibawa ke Dewan Bedah setelah kekosongan jadual. Proses untuk pulih sepenuhnya memakan masa 2 bulan dan selama itulah mama membawa kakak hampir setiap hari ke Hospital Putrajaya untuk mencuci luka. Mama terpaksa mengabaikan pandangan serong majikan demi kakak. Alhamdulillah, kerana semangat kakak yang kental kakak pulih dengan pantas, in fact kakak sangat kuat berpantang. :)



7hb Februari, pengasuh yang kalian panggil IBU (A2-T01-U01) datang ke rumah. Hairan juga mama. Rupanya, dia menyatakan ketidak sanggupannya menjaga kalian lagi. Lagi sekali ujian untuk mama. Mana kan mama cari pengasuh baru dalam jangka waktu terdekat. Tapi ALLAH itu kan maha mengasihi. Pada 15hb Februari atuk abah, TOKNEK HAMID meninggal dunia. Pulang dari Kedah, Mak Usu Asuha telah menetap bersama kita dan dialah menjaga kalian sehingga hujung bulan Februari. Alhamdulillah. Sepatutnya bermula bulan Mac kalian tinggal di nursery di Presint Diplomatik.

Tapi, sangat sedih dan kasihan dengan kakak, 1hb Mac kakak terkena air panas sewaktu hendak mandi pagi itu. Ya, allah. Ujian ini sangat berat untuk mama. Aduhai, maafkan mama ye sayang.


Biasanya kakak mandi air sejuk je, tapi hari itu kakak insist nak mandi air panas. Disebabkan air dalam baldi itu hampir penuh, mama memerlukan 2 jag air panas untuk jadikan air itu suam. Setelah tuang air panas ke dalam baldi, mama hantar dulu jag ke sinki (sebab tangan tak cukup nak kacau air yang telah dicampurkan). Lagipun, sewaktu mama menuang air panas ke dalam baldi, sejumlah air masuk ke dalam gayung yang berada di dalam baldi. Dan sewaktu mama menghantar jag air itu ke sinki dapur, waktu itulah kakak masuk ke bilik mandi dan terus menyiram badan menggunakan air yang ada di dalam baldi. Mama rasa menyesal sangat sebab tak kacau air yang bercampur tadi. Menyesal sangat. :(

Tapi kakak seorang yang kuat dan cekal, terutama bab-bab pantang. Sepanjang menjaga luka, kakak memang menjadi kurus kerana tidak makan itu dan ini yang dirasakan akan memudaratkan kecederaan. :) Oleh itu, kurang dari 3 minggu kakak sudah pulih sediakala. Alhamdulillah.

Mama berdoa kepada Allah agar semua anak mama dijauhi dari segala musibah selepas ini. AMIN. Sayang kamu semua.