Saturday, July 18, 2009

Doa Untuk Amalina

Poor Amalina. Sama-sama kita doakan dia. Melihat kepada keadaan Amalina terbaru cukup melegakan. Semua wayar untuk mengeluarkan cecair di kepala telah dikeluarkan. MamaSue dan S.P.E.3.1 doakan Amalina cepat sembuh!

Wednesday, July 15, 2009

Kena Denda



Semua orang lelaki dalam rumah ini telah didenda membersihkan bilik mandi....heeeee....

Tuesday, July 14, 2009

Lagi Menu Dinner - Nasi Goreng USA + Ice Blended Mocha

Gambar dari sisi.



Gambar dari atas.



Yang penting...mama still on diet...hehehehehe.

Da Cutest Way of Sleep

Tiga Budak Bertuah




Wajah Sedih Dedeq

Adik sa-orang yang sangat manja!

Monday, July 13, 2009

05/07/2009 - Tak Jadik Anta Moksu Thia

Sementelah menunggu kereta dicuci


Gambar ini diambil ketika kami semua berniat naakk jugak hantar Moksu Thia ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Tapi apakan daya, Lisa demam waktu itu. Ketika demamnya sedikit kebah dan kami bercadang meneruskan perjalanan, Moksu telefon mengatakan yang dia telah berjaya mendaftarkan diri dengan bantuan Pak Itam Han serta moral support dari Pak Andak Omar, Atuk dan Uwan Langat.

Moksu, nanti kami datang lawat Moksu kat sana ya!


Dedeq tension tak jadik pergi..huhuhuhu.

Dinner Menu - Nasi Goreng Alien + Jus de Zapple


Heeeee....baca Bismillah yer sebelum makan :p

Alahai Abang



Jawapan : Mama telah pun membelikan abang dua kotak pensil 2B selepas pulang dari kenduri kahwin Paktam Ghani. Mama sayang abang.

Should or shouldn't I ?

Mama pesan perkara ni sudah banyak kali dengan abang. Abang mesti sayang adik. Siapa lagi nak sayang adik kita kalau bukan kita sendiri? Kenapa abang buat macam ni? Kenapa abang selalu rasa sakit hati dengan kakak? Kenapa abang mesti pukul kakak?

Mula-mula di rumah. Mama dah tegur abang. Kemudian di dalam kereta Maklang Lela. Semasa di rumah pengantin perempuan* mama dah tinggikan suara. Abang sedih dan mama pesan jangan buat lagi. Sewaktu perjalanan pulang paling teruk... abang pukul adik bertubi-tubi walaupun masa tu mama tengah cakap berulang kali dengan abang, "sudahlah tu!". Mama pukul abang. TokWan marah mama sebab pukul abang. Tapi percayalah....mama sangat sayang abang. Mama nak abang jadi abang yang baik. Mama nak abang jaga adik-adik...sekiranya suatu hari nanti mama sudah tiada lagi... :(

* Semalam, Ahad (12/07/2009) Pak Itam Ghani telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan di Seksyen 19, Shah Alam.