Monday, March 8, 2010

Dedeq dan Babah Demam.


Kali terakhir dedeq demam adalah pada akhir Januari. Sejak Sabtu tengah malam (Ahas Subuh) membawa ke hari ini (Isnin), panas dedeq tidak terus menurun. 'On-off' sahaja. Mama rasa menjelang petang sekiranya tidak kebah juga, mama akan bawa dedeq ke klinik berhampiran. Kenapa lambat bawa ke klinik? Bukan apa, mama mahu lihat sejauh mana ketahanan badan dedeq dan tahap keupayaan dedeq melawan demam. Tapi mama rasa sudah masa dedeq tetap memerlukan bantuan dan rawatan.huhuhuhu.

Abah pula, sejak menyertai JKKN inilah kali pertama abah demam sedikit teruk tapi masih berdedikasi dan terus bekerja walaupun baru balik dari 'outstation' tengah malam tadi.

Alahai. Kesian dedeq dan babah.
Harap kalian cepat sembuh.



Oh ya. Harini juga mama tidak bekerja(menjaga dedeq) dan abang tidak bersekolah(sabtu Hari Sukan). Bagaimanapun, abang tetap kena menghadap buku! Abang mesti akan tahu kenapa mama buat semua ni satu masa nanti.


Latest update :

Mama bawak dedeq pergi hospital pada hari Khamis. Doktor suspek denggi kerana demam melebihi 5 hari. Bagaimanapun setelah ujian darah dijalankan, ternyata tiada.Alhamdulillah.