Thursday, March 18, 2010

Teater : Gamat 2

Cuti sekolah ini mama tidak berkesempatan membawa anak-anak ke mana-mana. Faktor kesihatan juga menjadi sebab. Dedeq sudah pulih, abang baru pulih, mama....baru DEMAM!! huwaaaaa..... Dah lama mama tak demam macam ni. Haritu macam nak demam tapi masih ok. Selalunya mama memang ada sinus (hisung sentiasa berair) tapi demam sangatlah jarang. Tapi kali ini rasanya macam tak larat sangat dah. huhuhuhu...doakan mama sehat dan kuat selalu ya. Kalau tidak, siapalah nak handle korang. Besok abah dah keluar daerah lagi.

Bagaimanapun pegawai abah, En.Zaifri (yang juga pengarah teater Gamat) telah membelanja kita semua menonton Teater Gamat 2. Yeay! Paling tidak, ada laa jugak aktiviti di cuti sekolah kali ini. Memandangkan ada satu tiket berlebih, kami telah mengajak kawan baik abang-Faiq untuk turut serta.

Keseluruhan mengenai Gamat 2 ini masih menghiburkan tapi Gamat 1 yang ditonton di Istana Budaya mestilah lagi hebat. Tempat tayangan nya pun sudah gah. Gamat 2 dipertontonkan di MATIC, Jalan Ampang sahaja. Gamat 2 juga disponsor oleh Healing Gamat, makanya terdapatlah iklan2 Healing Gamat di dalam persembahan Gamat 2.

Gamat 2 juga ada mempersembahkan lakonan Ziana Zain (ketua obor-obor) dan Misha Omar (chief Ikan buntal-yang dahulunya lakonan Natasha Hudson).


Apapon, terima kasih En.Zaifri! heeeeee...



bersama Misha Omar