Wednesday, September 22, 2010

13 Syawal 1431

Last entri mama adalah pada 1 Ramadhan lalu. Lama betul tak update. Sangat sibuk dengan aktiviti di bulan Ramadhan, persiapan raya, PINDAH lagi! Dan, setelah hampir setengah bulan beraya...barulah sempat nak mengupdate cerita kami. Mama pon baru sahaja masuk kerja semalam setelah hampir 2 minggu bercuti. Inilah cuti paling lama pernah mama ambil. Haish. Risau juga. Mana tidaknya, baki cuti cuma tinggal empat hari sahaja lagi untuk sampai ke hujung tahun! OMG. Harap semua berjalan lancar.
Mama nak cerita (dan mengingatkan kembali) aktiviti kita sepanjang puasa dan raya yang lepas. Seminggu sebelum raya kita semua telah berpindah ke kuarters kerajaan di Putrajaya. Mama mengambil keputusan untuk berpindah memandangkan mama meneruskan pengajian di IPTA berdekatan. Harap mudah urusan penjagaan anak2 hendaknya. AMIN.
Raya tahun ni sepatutnya turn raya di sini, rumah uwan dan atok Hulu Langat. Tapi raya ke-2 kita semua telah holiday jalan-jalan ke KELANTAN. Pak Andak Omar yang ajak, mak usu Thia pon ikut sekali. Hampir seluruh Kelantan kita berjalan. Tumpat, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh, Pasir Mas, Kota Bharu, Pantai Sri Tujoh, Pantai Cahaya Bulan. Cuma Bachok je tak sempat pergi. :( Balik dari Kelantan kita menuju pula ke Baling ikut Tanah Merah-Jeli-Grik-Baling. Kami sempat melalui Tasik Banding. Sangat Cantik. Subhanallah. Berjalan-jalan di pekan Baling selama dua hari, kami balik ke Kuala Lumpur pada hari Khamis.
Abang dan Adik tak berapa sihat. Abang muntah-muntah dan adik hidung berdarah. Kakak maintain segar macam abah. Isnin sepatutnya Mama dah start kerja tapi adik cirit-birit pulak. Habis tilam dan bantal. Selasa baru mama mula bekerja. Kalian semua mama hantar ke rumah Tok Su-Uwan Ummi. Mula2 adik menangis teruk. Tapi masuk hari ke-2, semua sangat seronok. Abang siap pergi memancing dengan TokSu. Mama harap semua ini membawa kenangan yang baik untuk semua. Dan keputusan mama ini adalah terbaik untuk masa depan kita semua. AMIN.