Tuesday, December 22, 2009

Abang Bentan!

Alahai, kesian abang. Abang bentan. *un*i abang bengkak 'merening' macam mengandungi air di bawah 'kepala'. Kata orang tua-tua di sekeliling, abang banyak minum air. Mungkin ada betul nya. Mama tak pandai laa jaga orang bersunat...huhuhuhu. Hari pertama mama hantar rumah Uwan Langat. Hari-hari mama telefon abang. Waktu tu masih ok. Hari Rabu (16/12/2009) mama datang tengok abang, pon abang tersangat ok. Sampai boleh berlari-lari (ini pon sebenarnya tidak boleh-dikira melanggar pantang). Hari Jumaat mama pergi ambil abang dan bawak balik. Sabtu pagi selepas buka klamp tu, pon masih ok. Kebetulan mama kena kerja Sabtu tu, abah yang jaga abang. Balik dari kerja mama tengok *un*i abang dah mula membengkak. Risau bukan kepalang mama dibuatnya. Mama tak dapat menghadiri kenduri kahwin Penolong Akauntan mama, Cik Noor Fadzilah pada Ahad itu kerana keadaan abang. Malamnya, dedeq telah memukul *un*i abang sampai berdarah!! Sekali lagi mama panik. Nasib baik ada abah. Isnin mama terpaksa mengambil cuti untuk jaga dan 'pantang'kan abang.


Alhamdulillah, menjelang malam keadaan abang bertambah baik. Mama terpaksa terus 'pantang'kan abang untuk sembuhkan luka dengan lebih cepat. Sekolah dah nak mula. Barang sekolah pon masih belum beli. Harap-harap semua ok. Kalau cepat luka abang baik, sempatlah mama nak bawak abang, kakak dan adik menontot wayang- Alvin & Chipmunks 2. Amin.


p/s : collection bersunat abang sangat 'memberangsangkan'.hehehhe. abang belanja kakak dan dedeq beli mainan. dan untuk abang sendiri abang telah beli toiletries-memandangkan abang dah jadi 'budak besar' sekarang. dan juga gogle-tak sabar nak mandi manda, katanya. :p