Sunday, December 6, 2009

Akhirnya....kalah dek anak-anak.

Finally, mama bawak jugak korang pergi ke Port Dickson sempena Hari Keluarga PNM-Finance Department @ Costa Rica, Lukut. Mama turutkan kata hati demi melihat anak-anak mama happy. Dah laa kereta sebenarnya ada masalah. Cable plug ada masalah macam kat Alor Setar dulu. Mama tawakkal saja.

Lucunya, abang tak habis-habis bertanya.."mama ada duit ke nak bayar semua ni?", "berapa duit mama tinggal nanti?". Kami pergi tanpa abah di-sisi (abah outstation). So mama harukkan jugak dengan menjaga korang semua sorang diri (mama dah ajak moksu chu'a tapi dia tanak ikut).

Kami tiba agak lewat kerana bertolak selepas mama habis group discussion. 5.00 tepat. Urusetia - Cik Ila terus suruh ke pantai untuk sukaneka. Selepas seisi bergambar korang terus menuju ke laut yang sebenarnya tak berapa sesuai untuk bermandi-manda...mana taknya, tak jauh dari situ boleh nampak kapal parking.

mandi laut

mandi pool

Lepas mandi kat laut dalam setengah jam, korang sambung pulak mandi kat swimming pool. Pukul 7.00 malam baru check-in kat bilik. Kat bilik ada pulak bath-tub...sambung lagik! Appa laa...korang ni sama macam hantu air daaa...... Pastu terus mama jadik tarzan suruh bersiap untuk barbeque malam.

mandi tab

nak pergi barbeque

sebelum tido, dedeq nak tepon babah da...

Esoknya seawal 7.00pagi, semua dah bersiap untuk mandi lagi kat swimming pool. Tapi mama tahan korang sebab tanak korang beku nanti. hehehe. Pukul 8.30am selepas sarapan (yang korang sebenarnya dipaksa oleh mama untuk bersarapan), terus sambung dengan aktiviti mandi lagi sampai pukul 11.00am. Sebenarnya ada aktiviti bowling tapi apakan daya...demi korang (sebab takde orang lain nak jaga korang.huhuhu.), mama pon follow jugak mandi.

mandi pool lagi!

Pukul 12.00 kami check-out dan pulang ke Kuala Lumpur. Itu sahaja aktiviti kami di PD - mandi, mandi & mandi. heh.

nak balik da....


p/s : roadtax masih belum dihidupkan. mama manage to attend cousin's wedding (balik dari pd). Buku masih belum dijenguk.waaaaaaaaaaa....