Wednesday, February 24, 2010

Perkembangan.

Mama tulis ni bukan nak menunjuk-nunjuk. Tapi, berbalik kepada objektif mama buat blog ini untuk hari tua mama membaca kembali catatan mama mengenai isi rumah Seri Perindu E-3-1 (spe31), especially anak-anak mama.

Kebelakangan ni banyak perkembangan anak-anak buat mama gembira walaupun ada sedikit masalah melanda.

Seperti yang mama janji pada diri mama untuk mempertingkatkan usaha dan tumpuan terhadap anak-anak terutama pelajaran anak-anak pada tahun ini, kini membuahkan sedikit hasil. Alhamdulillah. Walaupun sedikit tapi mama tetap berpuas hati.

Keputusan peperiksaaan bulanan abang boleh dikatakan mempunyai peningkatan keseluruhan matapelajaran. Daripada kesalahan yang abang lakukan, KESALAHAN adalah kerana kecuaian BUKAN kerana abang tidak tahu. Jumlah buku yang abang baca selari dengan jumlah pinjaman*haha.ini usaha mama memaksa dan menggalakkan abang membaca sebenarnya*.

Kakak Lisa. Minggu lepas baru mama berkesempatan melihat hasil kerja sekolah kakak yang mana mama abaikan kerana menganggap kakak mampu melakukan tanpa bantuan mama, cukup sekadar cikgu mengajar. Malangnya, mama sangat terkejut selepas hampir dua bulan bersekolah kakak masih tidak mampu mengenal dan menulis sebarang huruf dan nombor. Malah memegang pensil pon seolah-olah kekok! Mulai itu juga mama terus menerus memberi latihan dan latihan.

Alhamdulillah juga. Tadi kakak telah menunjukkan kepada mama tulisan huruf-huruf dengan tulisan yang sangat cantik! Mama sangat kagum. Hanya dengan seminggu kakak telah mampu menulis dengan baik. Bukan itu sahaja, kecenderungan kakak terhadap matapelajaran Matematik membolehkan kakak membuat latihan 'tambah' dengan baik sekali untuk jumlah 20. Mama kira selepas ini mama patut menumpukan latihan pengenalan huruf sekaligus mempercepatkan proses membaca kakak. Insya Allah. AMIN.

Dedeq-Darwisy beruntung mempunyai abang dan kakak. Sekurang-kurangnya dia mempunyai pendorong untuk dia mengenali dunia pelajaran dengan lebih cepat, Insya Allah.

Terus, doa mama untuk kalian takkan putus sehingga akhir nyawa mama.