Monday, December 5, 2011

Pulang Ke Kampung Pada Cuti Sekolah

Hari Khamis (01/12/2011) yang lepas mama dan abah telah menghantar abang, kakak dan dedeq pulang ke kampung di Baling, Kedah. Keputusan ini bukan atas dasar pentingkan diri sendiri (ya, sesetengah orang cakap mama nak senang pergi belajar sebab tu hantar anak ke kampung) tapi hanya Allah yang tahu perasaan mama.


Kita bertolak pada pukul 12.00 tengah malam (kerana abah baru pulang dari bertugas luar kawasan-Cherating) dan tiba di kampung pada pukul 4.00pagi (02/12/2011). Pada pukul 9.00 pagi mama dan abah telah pulang kembali ke Kuala Lumpur dan tiba pada pukul 1.00 tengah hari. Fuuuhhhh...itu antara kerja gila yang mama dan abah selalu buat bersama. Haha.


Dulu pernah juga kami buat macam ni. Masa Abang kecil, masa kami masih menggunakan kereta Kancil. Selepas solat subuh kami pergi sarapan dan jalan-jalan sepanjang pantai dari Kelang sehingga Perak dan terus ke rumah TokYah (arwah)! Hahaha.


Hari ini adalah hari ke-empat anak-anak mama tiada depan mata. Semalam mama dan abah solat jemaah tanpa kalian. Hati rasa sangat sayu. Mungkin inilah perasaannya nanti bila anak-anak sudah besar dan tidak tinggal sekali dengan mama dan abah lagi... :(


Tapi setiap hari hati mama tidak lupa untuk sentiasa mendoakan anak-anak mama supaya sentiasa dilindungi. Amin ya rabbal a'lamin.