Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Dedeq dan Babah Demam.


Kali terakhir dedeq demam adalah pada akhir Januari. Sejak Sabtu tengah malam (Ahas Subuh) membawa ke hari ini (Isnin), panas dedeq tidak terus menurun. 'On-off' sahaja. Mama rasa menjelang petang sekiranya tidak kebah juga, mama akan bawa dedeq ke klinik berhampiran. Kenapa lambat bawa ke klinik? Bukan apa, mama mahu lihat sejauh mana ketahanan badan dedeq dan tahap keupayaan dedeq melawan demam. Tapi mama rasa sudah masa dedeq tetap memerlukan bantuan dan rawatan.huhuhuhu.

Abah pula, sejak menyertai JKKN inilah kali pertama abah demam sedikit teruk tapi masih berdedikasi dan terus bekerja walaupun baru balik dari 'outstation' tengah malam tadi.

Alahai. Kesian dedeq dan babah.
Harap kalian cepat sembuh.



Oh ya. Harini juga mama tidak bekerja(menjaga dedeq) dan abang tidak bersekolah(sabtu Hari Sukan). Bagaimanapun, abang tetap kena menghadap buku! Abang mesti akan tahu kenapa mama buat semua ni satu masa nanti.


Latest update :

Mama bawak dedeq pergi hospital pada hari Khamis. Doktor suspek denggi kerana demam melebihi 5 hari. Bagaimanapun setelah ujian darah dijalankan, ternyata tiada.Alhamdulillah.

Sunday, February 7, 2010

Fancy Cookies [konon]

Ini projek masa terluang hari Ahad. Tapi since masa terluang pon tak banyak sangat, so mama tak baked the cookies. Hanya beli biskut merie di kedai AJ dan touch-up.Hehe. Hari ni kami mengotorkan dapur dengan aktiviti me-royal-kan biskut marie dengan icing. Walaupon tak cantik tapi sangat mengembirakan semua. Hehe. Since abah takde kat umah, kami dah post kat Abah's FB Wall. Hope he'll like it.

Mama amik gambar cookies sahaja. Gambar kekotoran dapur dan kecomotan anak-anak tidak diambil. Maloo. Lagipon mama intend nak buat sorang satu apron (hasil patchwork) tapi tak siap lagi. Tunggu ya. Nanti dah siap mama akan post kat sini. Kalau dah siap apron tu nanti, kita leh wat aktiviti outdoor painting jugak. *bestnya. tak sabar lak. hope leh siap before midterm school holiday*.

Sunday, January 24, 2010

Kalau ada rezeki...:)

Kehadapan abah.

PER : PERMOHONAN UNTUK MEMBELI PRINTER

Merujuk kepada perkara di atas. Adalah dimaklumkan, untuk memantapkan 'prgram untuk anak-anak' kita itu, mama merasakan kita memerlukan sebuah printer di rumah kita. Sila lihat lampiran (gambar) di bawah. Tulisan tangan telah digunakan untuk latihan-latihan sedemikian. Kesian, bukan? Kalau ada sebuah printer, mungkin boleh guna font yang pelbagai :p



Sekiranya boleh dan kalau ada rezeki.. hehe. Sekian terima kasih.

Tuesday, July 14, 2009

Da Cutest Way of Sleep

Wednesday, June 24, 2009

Abah @ school...:p

Ok, meh layan gambar abah pulak yang memang disebut-sebut sebagai jejaka idaman di seluruh kampung...hahahahah.

Abah @ sekolah rendah


Abah dengan adik-adik


Abah dengan Moksu Cu'a


Abah @ sekolah menengah



Opss...anak-anak. Jangan contohi 'signal' kawan-kawan abah tu ya..



Ok. Inilah kawan-kawan yang selalu memeriahkan kelas..



eh..eh...sape ni? heheheh...