Kehadapan diri mama sendiri.
Memandangkan minggu peperiksaaan telah berakhir dan minggu cuti penggal telah bermula, sila lah siapkan baju raya Uwan Langat dan Nenek-Unyang Bangi dengan kadar segera. Selepas itu sila lah juga siapkan baju-baju kurung kerja mama itu untuk membolehkan mama memasuki tempat kerja baru dengan baju baru hendaknya.
Selain itu, di ingatkan juga azam mama untuk memperbaiki dan mempertingkatkan penguasaan tulisan jawi/pembacaaan AlQuran si-Nordaniel itu dalam minggu ini juga!
Semoga berjaya.
Sekian.
Sunday, June 6, 2010
Sila Selesaikan.
Posted by mama at Sunday, June 06, 2010 0 comments
Minyak Ikan dengan Omega 3 – EPA + DHA
Walaupun minggu peperiksaan Daniel sudah berlalu dan peningkatan agak memberangsangkan tetapi masih di bawah (sekali lagi, DI BAWAH) paras membangggakan. ouch! huhuhuh :(
Lepas dapat keputusan peperiksaan Daniel (walaupun bukan semua), mama dah buat post-mortem. Walaupun mama telah memberi sepenuh perhatian dekat abang, tapi apa yang mama perasan, abang tidak dapat fokus dengan baik.
Abah remind mama pasal Daniel ni kan masa kecik-kecik tu dah 50-50 je nyawa dia. Pastu dengan asthma yang kronik. Untuk pengetahuan semua, ubat asthma mengandungi steroid yang sebenarnya membawa kesan sampingan pada masa akan datang! uhukuhukuhuk..sian anak mama.
Mama bercadang nak bagi abang ambil Omega 3 supplement untuk penambah-baikan rangsangan oleh otak. Untuk itu, mama telah membuat beberapa rujukan dalam pemilihan supplement Omega 3 ini.
When choosing your fish oil supplement, you should know:-
- What type of fish is used
- Where it comes from
- How fresh is the product
- How much omega-3 is in the recommended daily dosage
- What percentages of DHA and EPA does it contain
- Are they in a highly bio-available form
- Is the oil molecularly filtered
- Does the product have good anti inflammatory properties
- Has this information been independently verified
Mama harap percubaan mama unutk kali akan datang ini mendatangkan hasil yang lebih baik. Harap semua doakan mama dan anak-anak mama cemerlang hokeh!
Posted by mama at Sunday, June 06, 2010 0 comments
Tuesday, May 18, 2010
Minggu Menghadapi Peperiksaan (belum periksa lagi tau.hehe)
Bermula minggu ini mama mempraktikkan apa yang kakak ni ajar sebab dia pon pelajar cemerlang. :) Minggu ini kita akan memperhebatkan lagi latihan dan kita ikuti dengan doa beserta tawakkal. InsyaAllah-Amin. Juga ikan akan menjadi menu abang sepanjang minggu.
Tolong ye semua doakan kejayaan abang.
Mama Sayang Abang.
Posted by mama at Tuesday, May 18, 2010 0 comments
Wednesday, April 21, 2010
Binatang Peliharaan
Ok. Mula-mula pergi mandi manda di Congkak (tapi gambar belum ambil dari Cik Amni). Siap tangkap ikan bagai kat sana. Tu yang balik tak sampai lima minit semua dah pengsan.hehehehe.
Balik tu abang berhajat nak bela ikan-ikan yang ditangkap di sungai hari itu. Tapi malangnya hampir semua ikan-ikan itu mati. Yang tinggal cuma tiga ekor sahaja. Abang telah mengeluarkan duit tabung sendiri untuk beli ikan laga sebagai ganti dan usaha abang untuk memperolehi binatang peliharaan. :)
Posted by mama at Wednesday, April 21, 2010 0 comments
Labels: Nordaniel, nordarwisy, nuralisa
Thursday, April 15, 2010
Rawak
Posted by mama at Thursday, April 15, 2010 0 comments
Labels: RAWAK
Saturday, March 27, 2010
Wangi
Hari ini mama mengikut aturan jadual kerja rumah yang betul dan Alhamdulillah semua kerja rumah siap sempurna :)
Hari ini juga cuaca panas, mama tak benarkan anak-anak main di luar, lagipun kakak baru nak baik demam. Mama ambil kesempatan dengan mengemop rumah dengan Haruman Fabuloso Apple. Hmm.....wanginya. Mama amat menggemari wangian ini (abah yang beli. suke suke). Rasa macam sejuk sikit rumah :)
Minggu ini abah takde pergi outstation ke Cherating, Pahang. Oh oh, mama baru lepas baked kek untuk 'belated' hari lahir Moksu malam karang. (Actually hari Rabu-24/03/2010 lepas, tapi sebab sibuk dek kesihatan anak-anak....mama buleh terlupa. sorry yer moksu chu'a..:( ) Nak tunggu kek itu sejuk baru boleh dihias :)
Malam karang juga adalah Kempen Earth Hour 2010. Mama telah mengajak semua kanak-kanak terutama tingkat 3 Blok E untuk bersama-sama memeriahkan kempen ini dengan membuat poster Earth Hour dan menampal di pintu rumah masing-masing. Kasihanilah dunia kita :(
Posted by mama at Saturday, March 27, 2010 0 comments
Labels: Rumah
Thursday, March 18, 2010
Teater : Gamat 2
Bagaimanapun pegawai abah, En.Zaifri (yang juga pengarah teater Gamat) telah membelanja kita semua menonton Teater Gamat 2. Yeay! Paling tidak, ada laa jugak aktiviti di cuti sekolah kali ini. Memandangkan ada satu tiket berlebih, kami telah mengajak kawan baik abang-Faiq untuk turut serta.
Keseluruhan mengenai Gamat 2 ini masih menghiburkan tapi Gamat 1 yang ditonton di Istana Budaya mestilah lagi hebat. Tempat tayangan nya pun sudah gah. Gamat 2 dipertontonkan di MATIC, Jalan Ampang sahaja. Gamat 2 juga disponsor oleh Healing Gamat, makanya terdapatlah iklan2 Healing Gamat di dalam persembahan Gamat 2.
Gamat 2 juga ada mempersembahkan lakonan Ziana Zain (ketua obor-obor) dan Misha Omar (chief Ikan buntal-yang dahulunya lakonan Natasha Hudson).
Apapon, terima kasih En.Zaifri! heeeeee...
Posted by mama at Thursday, March 18, 2010 0 comments
Labels: Nordaniel, nordarwisy, nuralisa, Teater