Sunday, June 6, 2010

Minyak Ikan dengan Omega 3 – EPA + DHA

Ok. Tajuk ni memang worth untuk tatapan semua yang mempunyai anak atau bakal mempunyai anak.

Walaupun minggu peperiksaan Daniel sudah berlalu dan peningkatan agak memberangsangkan tetapi masih di bawah (sekali lagi, DI BAWAH) paras membangggakan. ouch! huhuhuh :(

Lepas dapat keputusan peperiksaan Daniel (walaupun bukan semua), mama dah buat post-mortem. Walaupun mama telah memberi sepenuh perhatian dekat abang, tapi apa yang mama perasan, abang tidak dapat fokus dengan baik.

Abah remind mama pasal Daniel ni kan masa kecik-kecik tu dah 50-50 je nyawa dia. Pastu dengan asthma yang kronik. Untuk pengetahuan semua, ubat asthma mengandungi steroid yang sebenarnya membawa kesan sampingan pada masa akan datang! uhukuhukuhuk..sian anak mama.

Mama bercadang nak bagi abang ambil Omega 3 supplement untuk penambah-baikan rangsangan oleh otak. Untuk itu, mama telah membuat beberapa rujukan dalam pemilihan supplement Omega 3 ini.

When choosing your fish oil supplement, you should know:-
  • What type of fish is used
  • Where it comes from
  • How fresh is the product
  • How much omega-3 is in the recommended daily dosage
  • What percentages of DHA and EPA does it contain
  • Are they in a highly bio-available form
  • Is the oil molecularly filtered
  • Does the product have good anti inflammatory properties
  • Has this information been independently verified
Untuk pengetahuan, Omega 3 Minyak Ikan ini hanya terdapat pada ikan tuna, salmon, mackarel dan sardin sahaja. Memandangkan ikan-ikan ini sukar didapati di pasar-pasar di kediaman kita ataupun dengan harga yang terlalu mahal maka, terpaksa lah mama menukarkan ikan-ikan ini kepada bentuk supplement.

Mama harap percubaan mama unutk kali akan datang ini mendatangkan hasil yang lebih baik. Harap semua doakan mama dan anak-anak mama cemerlang hokeh!

0 comments: