Tuesday, December 22, 2009

Abang Bentan!

Alahai, kesian abang. Abang bentan. *un*i abang bengkak 'merening' macam mengandungi air di bawah 'kepala'. Kata orang tua-tua di sekeliling, abang banyak minum air. Mungkin ada betul nya. Mama tak pandai laa jaga orang bersunat...huhuhuhu. Hari pertama mama hantar rumah Uwan Langat. Hari-hari mama telefon abang. Waktu tu masih ok. Hari Rabu (16/12/2009) mama datang tengok abang, pon abang tersangat ok. Sampai boleh berlari-lari (ini pon sebenarnya tidak boleh-dikira melanggar pantang). Hari Jumaat mama pergi ambil abang dan bawak balik. Sabtu pagi selepas buka klamp tu, pon masih ok. Kebetulan mama kena kerja Sabtu tu, abah yang jaga abang. Balik dari kerja mama tengok *un*i abang dah mula membengkak. Risau bukan kepalang mama dibuatnya. Mama tak dapat menghadiri kenduri kahwin Penolong Akauntan mama, Cik Noor Fadzilah pada Ahad itu kerana keadaan abang. Malamnya, dedeq telah memukul *un*i abang sampai berdarah!! Sekali lagi mama panik. Nasib baik ada abah. Isnin mama terpaksa mengambil cuti untuk jaga dan 'pantang'kan abang.


Alhamdulillah, menjelang malam keadaan abang bertambah baik. Mama terpaksa terus 'pantang'kan abang untuk sembuhkan luka dengan lebih cepat. Sekolah dah nak mula. Barang sekolah pon masih belum beli. Harap-harap semua ok. Kalau cepat luka abang baik, sempatlah mama nak bawak abang, kakak dan adik menontot wayang- Alvin & Chipmunks 2. Amin.


p/s : collection bersunat abang sangat 'memberangsangkan'.hehehhe. abang belanja kakak dan dedeq beli mainan. dan untuk abang sendiri abang telah beli toiletries-memandangkan abang dah jadi 'budak besar' sekarang. dan juga gogle-tak sabar nak mandi manda, katanya. :p



Tuesday, December 15, 2009

Dedeq = girl @ boy?

Ramai orang ingat dedeq perempuan, walaupon dedeq memang berpakaian lelaki. Hari minggu lalu kakak 'mengemas' rumah dengan menyarung tudung-tudung mama. Dedeq pon sibuk nak. Ok, mama pakaikan tudung. Eh eh, memang cam pompuan lah...! ehe....




Jalan-Jalan

Lepas mama habis exam Khamis lepas (10/12/2009), abah bawak kita semua jalan-jalan ke Midvalley. Plan asal nak tengok wayang tapi time tak sesuai pulak. So, kita makan-makan, main game, jalan-jalan dan balik. Anyway, we still have precious time together.


ala-ala model.hehe





hiasan sempena christmas

Abang dah besar!

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis khatan abang di klinik Dr.Kamaliah pada Ahad (13/12/2009). Istimewa, abang bersunat bersama kawan baik abang, Wan Nur Shammi Faiq. Doa mama sentiasa bersama abang agar abang menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. AMIIN.

Sunday, December 6, 2009

Akhirnya....kalah dek anak-anak.

Finally, mama bawak jugak korang pergi ke Port Dickson sempena Hari Keluarga PNM-Finance Department @ Costa Rica, Lukut. Mama turutkan kata hati demi melihat anak-anak mama happy. Dah laa kereta sebenarnya ada masalah. Cable plug ada masalah macam kat Alor Setar dulu. Mama tawakkal saja.

Lucunya, abang tak habis-habis bertanya.."mama ada duit ke nak bayar semua ni?", "berapa duit mama tinggal nanti?". Kami pergi tanpa abah di-sisi (abah outstation). So mama harukkan jugak dengan menjaga korang semua sorang diri (mama dah ajak moksu chu'a tapi dia tanak ikut).

Kami tiba agak lewat kerana bertolak selepas mama habis group discussion. 5.00 tepat. Urusetia - Cik Ila terus suruh ke pantai untuk sukaneka. Selepas seisi bergambar korang terus menuju ke laut yang sebenarnya tak berapa sesuai untuk bermandi-manda...mana taknya, tak jauh dari situ boleh nampak kapal parking.

mandi laut

mandi pool

Lepas mandi kat laut dalam setengah jam, korang sambung pulak mandi kat swimming pool. Pukul 7.00 malam baru check-in kat bilik. Kat bilik ada pulak bath-tub...sambung lagik! Appa laa...korang ni sama macam hantu air daaa...... Pastu terus mama jadik tarzan suruh bersiap untuk barbeque malam.

mandi tab

nak pergi barbeque

sebelum tido, dedeq nak tepon babah da...

Esoknya seawal 7.00pagi, semua dah bersiap untuk mandi lagi kat swimming pool. Tapi mama tahan korang sebab tanak korang beku nanti. hehehe. Pukul 8.30am selepas sarapan (yang korang sebenarnya dipaksa oleh mama untuk bersarapan), terus sambung dengan aktiviti mandi lagi sampai pukul 11.00am. Sebenarnya ada aktiviti bowling tapi apakan daya...demi korang (sebab takde orang lain nak jaga korang.huhuhu.), mama pon follow jugak mandi.

mandi pool lagi!

Pukul 12.00 kami check-out dan pulang ke Kuala Lumpur. Itu sahaja aktiviti kami di PD - mandi, mandi & mandi. heh.

nak balik da....


p/s : roadtax masih belum dihidupkan. mama manage to attend cousin's wedding (balik dari pd). Buku masih belum dijenguk.waaaaaaaaaaa....

Friday, December 4, 2009

Macam-Macam untuk Weekend Ni!

Mama merancang untuk bawa korang sertai kewangan PNM buat hari keluarga kat Port Dickson. Ada pelbagai aktiviti dan hadiah disediakan. Tapi mama mohon maaf tak dapat berbuat demikian kerana mama dah nak exam minggu depan. Esok mama ada group discussion. Ahad pulak cousin mama kahwin. Lagi tragis, roadtax kereta pulak expired esok!!

(ehem. ini bukan excuse tau). Mama kesian dengan abang. Mama memang nak bawak sebab minggu depan abang dah nak sunat. Nak tunggu luka baik, siaplah dah abis cuti sekolah. Mama akan cuba jugak bawak korang pergi holiday, once mama finish exam. Insya Allah.

Apa pun, wish mama good luck for my exam ya!

Wednesday, November 25, 2009

Cont : Bibik.


Hins hins hins. Penat daaa bawak badan. Bila laa nak kuwos nes?
Mama tengah berangan, kalau ada maid nanti ada laa masa nak pergi jongging....konon!! hikhikhik.

p/s : ok, di atas adalah termasuk dalam 'pro' list kalau ada maid. :p