Dah hampir bersawang dah blog ni. Nasib baik mama masih menjenguk (sebab berfikiran yang anak-anak akan membaca ini semua satu hari nanti). Kawan-kawan blogger yang lain semuanya sepi kini dan aktif ber'buku-muka'.
Mama tak kemaskini blog ini kerana mama ini sangat sibuk dengan kelas dan assignment dan kerja sekolah...dan baru-baru ini peperiksaan pertengahan semesta....DAN...yang akan datang yang paling serius, FINALE. Keputusan mama untuk sambung belajar takkan mama sia-siakan. Mama taknak keputusan 'yang adoo' sahaja. Mama sangat-sangat harap anak-anak akan faham.
:(
Mama bercadang nak tukar blog ni kepada P15A2 tapi masih tak berkesempatan atas sebab-sebab yang sama seperti di atas. Banyak benda tak berkesempatan lagi ni. In fact, mama masih gagal untuk perbaiki pengurusan masa mama. Sebenarnya juga, mama memang memerlukan pembantu untuk membantu mama menguruskan rumah (membantu sahaja ya, bukan buat semua benda). Tapi mama fikir abah tak faham (walaupun abah tahu abah memang tak dapat bantu mama). Takpe lah, nak buat macam mana kan? :(
"kenapa banyak sangat tanda :( ni....?"
Minggu depan MakUsu Thia akan stay dengan kita utk beberapa ketika kerana menjalani Latihan Industri di MOSTI. Bilik yang mama nak tempatkan MokSu pon tak abis kemas (in fact bilik itu bilik Lisa yang mama gagal bersihkan!). Adeehhhhh...:(
Blog ni pon nampak bosan dengan cerita mama sahaja kan? Mama akan cuba untuk tambah gambar untuk setiap post akan datang. Semalam sewaktu bawak kalian mandi di 'sungai pool' (actually swimmming pool kat Presint 16) bak kata kakak[heheh]....mama intend nak amik gambar. Tapi sebab takde cahaya lampu sangat, kamera henfon cap Ayam mama tak mampu capture waima sekeping gambar pon. huhuhuhuh....
Mama got a lot of kerja sekolah to do (doing it at office <---satu kesalahan ye anak-anak, jangan ikut tau.hehe). Mama have to stop here. I'll catch ya later.
Love anak-anak mama so much. :) <----now,there's a smile.
Thursday, November 25, 2010
hapdet! hapdet!
Posted by mama at Thursday, November 25, 2010 0 comments
Labels: Rumah
Friday, October 15, 2010
Alhamdulillah
Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya muslim satu dengan yang lain adalah umpama bangunan yang saling menopang satu sama lainnya.”
Terima kasih kepada tuan punya Restoran Haji Tapah di Presint Diplomatik sebab tumpangkan Abang Daniel ke masjid berhampiran Sekolah Berasrama Penuh Alam Shah untuk menunaikan solat Jumaat. Terima kasih juga kerana menjamu makan tengah hari untuk Abang Daniel juga.
Posted by mama at Friday, October 15, 2010 0 comments
Labels: Nordaniel
Thursday, October 14, 2010
Menangani Anak Nakal dan Hyperaktif
Beberapa minggu kebelakangan ini mama sedikit tertekan dengan kenakalan kalian. Puas mama bersabar tapi entah dimana silapnya. Hari ini mama mencari beberapa tips di internet. Mama jumpa ini dan cuba mempraktikkannya dan letakkan di sini untuk dikongsi bersama.
Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya.
Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.
Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi ke zoo, taman rekreasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.
Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.
Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada. Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.
Semua ahli psikologi bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nescaya akan terserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.
Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun.
Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.
Juga yang ini yang diambil dari Darussyifa.
Oleh: Ibnuumar Asseluluni
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;Kaedah Pertama: Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi. Kaedah Kedua:Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.
SELAMAT MENCUBA!
Posted by mama at Thursday, October 14, 2010 0 comments
Labels: Nordaniel, nordarwisy, nuralisa
Wednesday, October 6, 2010
TAK SANGKA
Ingat tak entri lepas pasal betapa seronoknya adik dan kakak bila tinggal di rumah Toksu? Mana tidaknya, mereka sangat serasi dengan sepupu-sepupu mama, Haris dan Najwa. Tapi...bagai dikata, ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mama bukan hendak mengata di sini tapi mama cuba meluahkan dan jadikan ini sebagai catatan.
Beberapa bulan sebelum ini sewaktu perancangan untuk berpindah diusulkan, mama telah berbincang dengan IBU (Uwan Chik) dan UMMI (Uwan Usu) untuk menghantar kalian. Setibanya hari yang dijanjikan, mama pon menghantar kamu semua. Mula-mula semuanya berjalan sangat lancar. Entah dimana silapnya, UMMI beritahu tidak dapat menjaga kamu semua terutamanya hari minggu. Bagai dihempas bagai batu di kepala mama ni sebab hari minggu lah sangat penting bagi mama untuk dia menjaga kalian kerana mama akan menghadirkan diri ke kuliah. Untuk hari-hari biasa, bukan menjadi masalah kerana di sekitar putrajaya sendiri begitu banyak babysitter. Pendek kata bukanlah masalah utama.
Mama akui mama menjadi begitu emosi kerana mama buntu. Mama jadi sedikit marah kerana keengganan dia menyukarkan jadual mama. Anyway, mama tidak boleh memaksa sebenarnya. Marah mama jarang benar menjadi panjang. Tapi kali ini berbeza. Sikap UMMI yang menyampai dan bercerita ke semua adik beradik Uwan Langat (pakcik-pakcik dan makcik-makcik mama) menjadikan dia(UMMI) sangat annoying & irritating.
Antara perbuatan dia yang sangat annoying dan irritating ialah, sikap memburuk-burukkan IBU. Tanpa dia sedari dan sememangnya dia tidak ketahui, IBU itu menjaga mama sejak mama masih bayi dan si-irritating ini waima masih belum lahir lagi! Si-annoying ini juga sangat pandai berpura-pura menjadi menantu yang serba baik dan tahu. Sekiranya benar, kenapa tidak dia sahaja yang menjaga Nek Unyang (nenek mama)??? Sanggupkah dia mencuci kencing dan berak Nek Unyang??? Terjadinya perkara ini, si-irritating ini juga menfitnah IBU dan Mak Long Izzah dengan mengatakan mereka ini yang menghasut mama.Waraskah pertuduhan ini???
Lagi sikap si-irritating dan annoying itu yang mengata-ngata kalian sebagai huru-hara, sangat kuat makan, nakal, degil. Sekarang ini, Haris dan Najwa sering menjerit-jerit berkata, "Ummi kita tak kasik kita kawan dengan Lisa dengan Darwisy!". Mama tahu anak-anak mama sedikit nakal tapi tak perlu laa dicanang ke sana dan ke mari.
Entah bagaimana mama nak buat untuk memulihkan kembali keadaan ini. Harap semua akan kembali baik. Mama tidak suka memutuskan tali persaudaraan yang ada.
Bermula 1hb Oktober, Maklong Izzah akan menaga kalian sementara mama mencari pengasuh di sekitar Putrajaya. Harap semua ok. :(
Posted by mama at Wednesday, October 06, 2010 0 comments
Labels: EMOSI
Wednesday, September 22, 2010
13 Syawal 1431
Posted by mama at Wednesday, September 22, 2010 0 comments
Labels: Mama dan Abah, Nordaniel, nordarwisy, nuralisa, Rumah
Wednesday, August 11, 2010
1 Ramadhan 1431H
Rabu - 11/08/2010. Hari pertama berpuasa bagi tahun ini. Alhamdulillah malam tadi kami semua dapat perform solat sunat tarawih. Sahur pulak pagi tadi abang Daniel request makan mee segera je! Harap-harap abang mampu bertahan. :)
Tahun ini juga kakak Lisa memulakan latihan berpuasa. Tetapi kesian kakak sebab malam tadi gigi kakak yang ditampal Jumaat lepas membengkak. Tadi doktor cuma bagi ubat tahan sakit/antibiotik dan susut bengkak. Jumaat ini kena jumpa doktor lagi sekali (selepas bengkak susut), sama ada perlu dicabut atau dicuci dan ditampal kembali. Doktor juga memaklumkan gigi susu itu sepatutnya matang pada usia 10tahun dan diganti dengan gigi kekal. Sebab itu doktor belum memutuskan sama ada mahu dicabut atau tidak. Harus dilihat tahap keseriusannya. :(
Oh ya. Berita gembira di bulan Ramadhan. Alhamdulillah permohonan mama untuk menyambung pengajian di UKM terlah berjaya. Mama akan memulakan kelas pada minggu pertama raya pada 18/09/2010. Doakan kejayaan mama ye untuk masa depan keluarga kita!
Mama berdoa agar kita semua diberkati sepanjang bulan Ramadhan ini. AMIN.
Posted by mama at Wednesday, August 11, 2010 0 comments
Labels: Rumah
Tuesday, July 20, 2010
Dah masuk bulan Syaaban.
Tak lama lagi kita akan menghadapi bulan Ramadhan.
Hai..bila laa nak dapat kunci ni..? Surat dah dapat.
Takkan pindah dalam bulan puasa kot?
Tapi kalau lepas raya, kalau dapat U** nanti dah start kelas pulak.
Macam mana ni....?
Posted by mama at Tuesday, July 20, 2010 0 comments
Labels: Rumah

