Lucunya, abang tak habis-habis bertanya.."mama ada duit ke nak bayar semua ni?", "berapa duit mama tinggal nanti?". Kami pergi tanpa abah di-sisi (abah outstation). So mama harukkan jugak dengan menjaga korang semua sorang diri (mama dah ajak moksu chu'a tapi dia tanak ikut).
Kami tiba agak lewat kerana bertolak selepas mama habis group discussion. 5.00 tepat. Urusetia - Cik Ila terus suruh ke pantai untuk sukaneka. Selepas seisi bergambar korang terus menuju ke laut yang sebenarnya tak berapa sesuai untuk bermandi-manda...mana taknya, tak jauh dari situ boleh nampak kapal parking.
Lepas mandi kat laut dalam setengah jam, korang sambung pulak mandi kat swimming pool. Pukul 7.00 malam baru check-in kat bilik. Kat bilik ada pulak bath-tub...sambung lagik! Appa laa...korang ni sama macam hantu air daaa...... Pastu terus mama jadik tarzan suruh bersiap untuk barbeque malam.
Pukul 12.00 kami check-out dan pulang ke Kuala Lumpur. Itu sahaja aktiviti kami di PD - mandi, mandi & mandi. heh.
p/s : roadtax masih belum dihidupkan. mama manage to attend cousin's wedding (balik dari pd). Buku masih belum dijenguk.waaaaaaaaaaa....


