Friday, January 22, 2010

Mari Baca Buku

Tahun 2010 mama punya azam baru untuk anak-anak mama. Eh, boleh gitu? Haha. Untuk memantapkan program 'mencerdikkan anak-anak mama' yang mana mama telah buat beberapa garis panduan (nanti mama update garis panduan itu ya), mama telah memasukkan program 'Mari Baca Buku'.

Mama telah pun mendaftarkan korang sebagai Ahli Perpustakaan dengan jayanya. Dan Mama juga telah membuka sebuah buku rekod pembacaan sebagai pengukur kekerapan pembacaan abang. Di dalam buku tersebut terdapat tarikh tamat baca, tajuk buku & ringkasan isi kandungan.





Alhamdulillah. Setakat ini setengah bulan pertama Januari 2010, tiga buah buku telah abang baca. Mari kita tunggu dan lihat berapakah jumlah buku yang telah dibaca oleh abang sepanjang tahun ini. Semoga Berjaya!

Thursday, January 7, 2010

New Year of 2010 Stories

This beginning of the year, most of the story will about you....my precious, my love, my soul...my children.

Daniel (Abang) has change a lot since he's been 'sunat'. He seems very responsible and more focus. I am very happy for that. He's been appoint as a class leader for this year. Cograts Abang. He also improving his solat. One day he asked me, "Mama, is there any place for me in the Heaven for all my prayers? Or shall I pray more often to get it?". Ooohhh....Abang. I love you baby...of course you will. Because you are such a good son and definately there will be one for you. Abang also seem healthy now. Hopefully you dont need the inhaler anymore. Forever.

Lisa (kakak). Mama dan Abah think that you're so special. You're so brave but thats what worried us much. Mama and Abah knew that you're such a smart girl but be careful young lady. There's so much danger out there. Please listen what we've been telling you, not to go without adult's supervision. Kakak, please stay with Cik Yam, she can take good care of you better than me. Tok doesnt allowed Wan to take care of you. He's old and need to rest more.

Kakak's first day at school was so unforgetable. You become the first one crying..not because of afraid, but you want pocket money. "I dont wan this steel money (coz i'm giving her 50cent), I want paper-plastic money (she mean RM5!)". When you've got the money u've just smiling with your naughty face and look at the rest who still crying wanting their parent to stay.*chuckle*Then the second day u've turn 5yrs old, and you've celebrate it with you new friends. Mama preparded some goodies for them and a cake ( a cheap cake.huhuhu). I wish that you'll become a very wonderful person, wonderful baby to me, and success in whatever you do.

Dedeq (Darwisy) this year will be 3 years old. And he's not wearing diapers anymore, in fact he want to wash by himself. Of course I'll check & wash again. But yet he still 'pelat'.hehe.

And for this New Year Wish, I want to be more focus on you. I spoiled my last year with my screwed-selfish-attitude, I guess. And I am so sorry for that.

Oh ya. I've made a new schedule for this year. Hope to maintain to get a better result.AMIN.

Sunday, December 27, 2009

Persediaan ke Sekolah

Walaupun *un*i abang belum baik sepenuhnya, tapi Alhamdulillah keadaannya semakin baik. Mama dan Abah bawak abang pergi beli barang sekolah semalam. Dan sememangnya korang sangat exited. hehe. Mama dan abah pon ada laa exited sikit. :p. Kesiannya dengan dedeq sebab mama dan abah tak beli apa-apa untuk dedeq sebab dedeq baru 2 tahun. Lagipun beg dan barang sekolah abang yang dulu masih ada kalau dedeq nak buat main.huhu..




Harini abah dah basuh semua kasut sekolah abang tahun lepas yang masih boleh dipakai oleh abang dan kakak. Mama juga telah dapat menyiapkan dua helai seluar sekolah agama abang, yang mana seluar dahulunya dah tak boleh pakai akibat kekotoran yang amat sangat. Mama tak larat nak sental, jadi mama buat baru je lah. huhuhuh..

Harapan Mama dan Abah semoga kalian menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. AMIINN.





Tuesday, December 22, 2009

Abang Bentan!

Alahai, kesian abang. Abang bentan. *un*i abang bengkak 'merening' macam mengandungi air di bawah 'kepala'. Kata orang tua-tua di sekeliling, abang banyak minum air. Mungkin ada betul nya. Mama tak pandai laa jaga orang bersunat...huhuhuhu. Hari pertama mama hantar rumah Uwan Langat. Hari-hari mama telefon abang. Waktu tu masih ok. Hari Rabu (16/12/2009) mama datang tengok abang, pon abang tersangat ok. Sampai boleh berlari-lari (ini pon sebenarnya tidak boleh-dikira melanggar pantang). Hari Jumaat mama pergi ambil abang dan bawak balik. Sabtu pagi selepas buka klamp tu, pon masih ok. Kebetulan mama kena kerja Sabtu tu, abah yang jaga abang. Balik dari kerja mama tengok *un*i abang dah mula membengkak. Risau bukan kepalang mama dibuatnya. Mama tak dapat menghadiri kenduri kahwin Penolong Akauntan mama, Cik Noor Fadzilah pada Ahad itu kerana keadaan abang. Malamnya, dedeq telah memukul *un*i abang sampai berdarah!! Sekali lagi mama panik. Nasib baik ada abah. Isnin mama terpaksa mengambil cuti untuk jaga dan 'pantang'kan abang.


Alhamdulillah, menjelang malam keadaan abang bertambah baik. Mama terpaksa terus 'pantang'kan abang untuk sembuhkan luka dengan lebih cepat. Sekolah dah nak mula. Barang sekolah pon masih belum beli. Harap-harap semua ok. Kalau cepat luka abang baik, sempatlah mama nak bawak abang, kakak dan adik menontot wayang- Alvin & Chipmunks 2. Amin.


p/s : collection bersunat abang sangat 'memberangsangkan'.hehehhe. abang belanja kakak dan dedeq beli mainan. dan untuk abang sendiri abang telah beli toiletries-memandangkan abang dah jadi 'budak besar' sekarang. dan juga gogle-tak sabar nak mandi manda, katanya. :p



Tuesday, December 15, 2009

Dedeq = girl @ boy?

Ramai orang ingat dedeq perempuan, walaupon dedeq memang berpakaian lelaki. Hari minggu lalu kakak 'mengemas' rumah dengan menyarung tudung-tudung mama. Dedeq pon sibuk nak. Ok, mama pakaikan tudung. Eh eh, memang cam pompuan lah...! ehe....




Jalan-Jalan

Lepas mama habis exam Khamis lepas (10/12/2009), abah bawak kita semua jalan-jalan ke Midvalley. Plan asal nak tengok wayang tapi time tak sesuai pulak. So, kita makan-makan, main game, jalan-jalan dan balik. Anyway, we still have precious time together.


ala-ala model.hehe





hiasan sempena christmas

Abang dah besar!

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis khatan abang di klinik Dr.Kamaliah pada Ahad (13/12/2009). Istimewa, abang bersunat bersama kawan baik abang, Wan Nur Shammi Faiq. Doa mama sentiasa bersama abang agar abang menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. AMIIN.