Mama fikir ini adalah dugaan untuk mama atas keputusan yang mama ambil.
Mama memang nak bersungguh-sungguh bila buat keputusan untuk sambung belajar.
Tapi...dengan keadaan sekarang ni...mama hampir putus asa dan berhenti setakat ini sahaja. Mama memang boleh buat lebih baik, tapi mama sangat -sangat memerlukan sokongan moral dari orang yang mama sayang.
Bila lihat keadaan kalian setiap Sabtu dan Ahad, dihantar kesana dan kemari, luluh hati seorang ibu. Lebih-lebih lagi bila kalian jatuh sakit (demam dsbg). Belum dikira sakit pening mama yang memang mama letak tepi.
Ya Allah, kau ampuni aku. Tunjukkan aku jalan yang benar. AMIN. :(
Friday, November 26, 2010
Tertekan :(
Posted by mama at Friday, November 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment