Monday, December 5, 2011
Pulang Ke Kampung Pada Cuti Sekolah
Posted by mama at Monday, December 05, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Tuesday, November 1, 2011
Cepatlah Perbaiki
Ohh..dah lama mama tak update blog kita ni. Tahu sajalah kalau di rumah manalah ada masa nak buat ini semua. Masa yang ada dicuri-curi ketika berada di pejabat. Tapi malangnya beberapa aplikasi tidak dapat dilakukan kerana disekat.
Bila lihat rupa blog yang tak menawan ini mood nak menulis terus terhenti. Aduuh. Harap mama dapat perbaiki ini secepat mungkin..dan terus memuat naik gambar serta cerita kalian yang terbaru :)
Posted by mama at Tuesday, November 01, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Wednesday, October 5, 2011
Dah Sihat!
Alhamdulillah. Mama dah semakin sihat. Selepas Ibu Saemah kasi mama makan suppliment Shaklee Multivitamin, mama lebih bersemangat mengharungi hari-hari mendatang untuk menguruskan rumah dan anak-anak mama.
Mama juga akan memulakan kelas untuk semester ke-3 pada hujung minggu ini. Doakan mama terus cemerlang ye.
Posted by mama at Wednesday, October 05, 2011 0 comments
Labels: Mama
Thursday, September 8, 2011
Tidak Sihat
Entah kenapa kebelakangan ini mama asyik kurang sihat sahaja.
Tengah hari ini kepala macam diletakkan berkilo-kilo batu. Rasa nak termuntah pun ada. Badan sakit-sakit. Akhirnya mama tak lalu makan tengah hari.
Masa dalam perjalanan nak ambik abang dari sekolah, tiba-tiba mama teringat kat semua anak-anak mama. Rasa macam nak cium korang puas-puas.
Mama pon tak tahu apa sakit mama. Doakan mama dapat tengok korang membesar dan menjadi orang berjaya ya. :(
Kebetulan uwan-Rahah pon tidak sihat. Kulit uwan melepuh teruk kerana alahan dan ianya sukar untuk baik kerana uwan penghidap diabetis. Doakan untuk uwan sekali ya.
Posted by mama at Thursday, September 08, 2011 0 comments
Labels: Mama
Alahai soalan
Di atas motor menuju ke nurseri.
Lisa : Mama, Lisa Surihani tinggal mana?
Mama : Alahai anak. Omak tak tahu, omak tak kawan dengan dio. Mungkin abah kau peminat setio Lisa Surihani. Balik abah nanti kito tanyo yo.!
Alahai anak. Soalan kau memang mencabar minda betoll llaah! ehe~
Posted by mama at Thursday, September 08, 2011 0 comments
Labels: nuralisa
Tuesday, September 6, 2011
Catatan Raya Siri 3 - Sedih
Posted by mama at Tuesday, September 06, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Catatan Raya Siri 2 - Takdak Air!!!
Oh oh...ini paling memeningkan. Memandangkan mama mengalami 'keuzuran' maka keadaan tanpa air adalah sangat azab!! Mama perlu mencuci kekotoran ittew!!
Hari pertama, kami menggunakan segala bekalan air yang ada. Kami mengharapkan bekalan akan bersambung semula pada petang atau keesokan harinya. Tetapi harapan tinggal harapan...hadoyai~
Hari ke-2, kami menumpang mandi di rumah Tok-Nek Yah. Bekalan air minuman pula dibeli di Giant Kulim. Masuk hari ke-3, seawal pagi kami telah pergi mandi ke kaki Gunung Bongsu di Karangan. Alhamdulillah pada petangnya bekalan air telah disambung kembali meskipun tidak berterusan.
Abah berhajat nak buatkan tokwan perigi atau boring. Harap semua menjadi kenyataan.
Posted by mama at Tuesday, September 06, 2011 0 comments
Catatan Raya Siri I - Aaahhhhh...Semput Lagi!
Posted by mama at Tuesday, September 06, 2011 0 comments
Labels: Nordaniel, nordarwisy, nuralisa
Saturday, August 13, 2011
ter...!!!
alahai...template feveret blog ku yang cantik dah hilang gara-gara nak update blog untuk TITAS.huhuhu...
Posted by mama at Saturday, August 13, 2011 0 comments
Friday, August 5, 2011
Day 4
Oh ya. Semalam juga gigi kakak yang goyang tu dah tanggal, nak bagi tempat kat gigi baru yang dah tumbuh tu.
Sekian.
p/s : abah takde, pergi Kelantan sampai 09/08/2011.
Posted by mama at Friday, August 05, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Thursday, August 4, 2011
Day 3
Posted by mama at Thursday, August 04, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Wednesday, August 3, 2011
Day 2
Posted by mama at Wednesday, August 03, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Tuesday, August 2, 2011
Day 1
Tempting kan? Haha.Perasan.
Okey. Memandangkan mama nak berdiet (kononnya) di bulan puasa ini, maka hidangan sebeginilah menjadi santapan kita. In fact, mama dah siapkan menu untuk Ramadhan kali ini.
Untuk hari pertama, kakak puasa sampai pukul 6.00pm sahaja :(
Teacher Aida kata kakak merengek dek terlalu lapar. Takpelah..at least you've tried. Kita tengok hari ke-2 pulak ye.
Lepas berbuka hari pertama.....dek (terlalu sedap makanan mama masak.hehe) terlalu penat, abah dah collapse lepas solat maghrib. Tak sempat mama nak ambil gambar, abah dah bangun. Mungkin abah kagum dengan diri mama yang sangat energatic (haha.perasan ok!!!) yang terus-terusan menguruskan rumah ......sampai pukul 11.30pm. Haaaiihhh~ letih ooo~. Abah bangun terus cuci tandas, siap buat plumbing lagi! Cayalah abah. Beruntung tau kita ada abah macam ni.
Pagi Puasa ke-2 kita bersahur nasi berlaukkan sardin + telur + daun salad. Alhamdulillah rezeki untuk hari itu.
Memandangkan tahun depan umur kakak bakal menginjak 7 tahun, mama memasang harapan dan tengah berusaha untuk mengajar kakak solat. Mama mulakan dengan bulan Ramadhan tahun ini (amibil berkat). Alhamdulillah, kakak hanya perlu melakukan lebih banyak praktikal, InsyaAllah.
Baju raya uwan Langat dah siap sepasang, one more to go. Lepas ni nak siapkan baju-baju mama sebelum buat baju kakak dan moksu Thia. Doakan mama berjaya ya! Heeeee
Doakan kebahagiaan kami sekeluarga. AMIN.
Posted by mama at Tuesday, August 02, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Sunday, March 27, 2011
Saturday, March 26, 2011
Rumahku bersepah (sila maafkan saya seorang student ) :p
Harini mama takde cerita pon, cuma nak bawak keliling rumah kita, syurga kita. Walaupun sederhana, alhamdulillah kita selesa dan bahagia hendaknya.
Posted by mama at Saturday, March 26, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Friday, March 11, 2011
Update!
Petang Jumaat yang berkat ini mama nak buat catatan peristiwa yang berlaku dalam hidup kita kebelakangan ini.
Sebelum rumah kita dimasuki pencuri, lupa untuk mama beritahu....kakak telah menjalani pembedahan membuang appendiks yang telah pecah pada 03/12/2010. SEBENARNYA PERISTIWA INI ADALAH LEBIH DAN SANGAT PENTING. Kasihan kakak. Mama dan abah tak sangka kakak ada appendiks. Dua hari sebelum itu, kakak ada beritahu sakit perut sangat-sangat, tapi sebab kakak tak berak dan muntah, mama rasa itu bukan keracunan. Tetapi masuk hari kedua kakak demam. Mama fikir pasti ada jangkitan kuman di mana-mana bahagian badan kakak, dan keesokan harinya selepas solat subuh mama dan abah terus bawa kakak ke Hospital Putrajaya.
Alangkah terkejutnya mama dan abah doktor mengesahkan kakak bukan sahaja mempunyai appendiks malah telah pecah dan perlu dibuang segera. Doktor terus mengarahkan kakak berpuasa selama 8 jam. Pukul 8.30 malam barulah kakak dibawa ke Dewan Bedah setelah kekosongan jadual. Proses untuk pulih sepenuhnya memakan masa 2 bulan dan selama itulah mama membawa kakak hampir setiap hari ke Hospital Putrajaya untuk mencuci luka. Mama terpaksa mengabaikan pandangan serong majikan demi kakak. Alhamdulillah, kerana semangat kakak yang kental kakak pulih dengan pantas, in fact kakak sangat kuat berpantang. :)
7hb Februari, pengasuh yang kalian panggil IBU (A2-T01-U01) datang ke rumah. Hairan juga mama. Rupanya, dia menyatakan ketidak sanggupannya menjaga kalian lagi. Lagi sekali ujian untuk mama. Mana kan mama cari pengasuh baru dalam jangka waktu terdekat. Tapi ALLAH itu kan maha mengasihi. Pada 15hb Februari atuk abah, TOKNEK HAMID meninggal dunia. Pulang dari Kedah, Mak Usu Asuha telah menetap bersama kita dan dialah menjaga kalian sehingga hujung bulan Februari. Alhamdulillah. Sepatutnya bermula bulan Mac kalian tinggal di nursery di Presint Diplomatik.
Tapi, sangat sedih dan kasihan dengan kakak, 1hb Mac kakak terkena air panas sewaktu hendak mandi pagi itu. Ya, allah. Ujian ini sangat berat untuk mama. Aduhai, maafkan mama ye sayang.
Biasanya kakak mandi air sejuk je, tapi hari itu kakak insist nak mandi air panas. Disebabkan air dalam baldi itu hampir penuh, mama memerlukan 2 jag air panas untuk jadikan air itu suam. Setelah tuang air panas ke dalam baldi, mama hantar dulu jag ke sinki (sebab tangan tak cukup nak kacau air yang telah dicampurkan). Lagipun, sewaktu mama menuang air panas ke dalam baldi, sejumlah air masuk ke dalam gayung yang berada di dalam baldi. Dan sewaktu mama menghantar jag air itu ke sinki dapur, waktu itulah kakak masuk ke bilik mandi dan terus menyiram badan menggunakan air yang ada di dalam baldi. Mama rasa menyesal sangat sebab tak kacau air yang bercampur tadi. Menyesal sangat. :(
Tapi kakak seorang yang kuat dan cekal, terutama bab-bab pantang. Sepanjang menjaga luka, kakak memang menjadi kurus kerana tidak makan itu dan ini yang dirasakan akan memudaratkan kecederaan. :) Oleh itu, kurang dari 3 minggu kakak sudah pulih sediakala. Alhamdulillah.
Mama berdoa kepada Allah agar semua anak mama dijauhi dari segala musibah selepas ini. AMIN. Sayang kamu semua.
Posted by mama at Friday, March 11, 2011 0 comments
Tuesday, January 25, 2011
SEDIH : RUMAH KITA DIMASUKI PENCURI
Nak cerita macam sedih. Tapi sebagai pengajaran untuk semua.
Pada 09/01/2011 yang lepas, pencuri berjaya menyelinap masuk ke rumah (kuarters) kita di Putrajaya, akibat kelalaian semua.
Begini. Pagi itu mama menduduki peperiksaan. Memandangkan esoknya masih ada satu lagi kertas, mama dan kawan-kawan mama terus mengulangkaji pelajaran di C3. Mak Usu ada bersama. Tapi entah bagaimana terlepas pandang, mak usu yang pada waktu itu ralit menggunakan komputer di bilik mama tidak perasan yang pintu terbuka luas tidak berkunci. Kalian sibuk turun dan naik bermain di taman.
Mungkin peluang yang ada di depan mata menyebabkan ada orang mengambil kesempatan menyelinap masuk dan mengambil dompet mak usu dan tabung Abang Daniel (yang terletak di bilik paling belakang, paling hampir dengan pintu masuk).
Sangat menjadi pengajaran buat mama dan mak usu, hendaknya. Juga sangat mencabar mama ketika itu yang sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan dengan keadaan yang sedikit tertekan.
Bagaimanapun semua telah pun selesai dan mama mengambil sikap optimis dengan percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tuhan beri. AMIN. :(
Posted by mama at Tuesday, January 25, 2011 0 comments
Labels: Rumah
Dedeq dah berhenti sekolah
Tajuk karangan : hangat-hangat tahi ayam. (ekceli abang kena buat karangan tajuk peribahasa) :p
Dedeq dahpun berhenti sekolah. Dua minggu sahaja bersekolah. Lepas tu dia mula tak nak pergi sekolah. Kebetulan dedeq pon mula nak dapat asthma. Mungkin sebab kerap mandi pagi. Abah cakap takpe lah. Lagipun dedeq belum pun masuk 4 tahun. TAPI, no excuse for next year occay!! :)
p/s : hangat-hangat tahi ayam itu bukan mama yer (walaupun mama yang bersungguh-sungguh nak dedeq sekolah. hehe) tapi keadaan yang tidak mengizinkan. heeeeee
Posted by mama at Tuesday, January 25, 2011 0 comments
Labels: nordarwisy
Tuesday, January 4, 2011
ABANG, KAKAK& DEDEQ BERSEKOLAH
Tahun 2011 memulakan mama dengan tugas lebih mencabar terutama dalam pengurusan waktu yang cemerlang demi anak-anak.
Abang sudah pun masuk darjah 4 dan bersekolah di Sek.Keb. Presint 14 (1), PUTRAJAYA.
Posted by mama at Tuesday, January 04, 2011 0 comments
Labels: Rumah
SILA SABAR
Kadang-kadang macam nak hilang sabar pulak dengan anak-anak ni.
Mana tidaknya, mama dah suruh abang jangan layan sangat adik bergurau. Tapi abang tak dengar kata, sampai adik batuk and the worst part is, adik muntah atas semua nota tangan mama! (dah laa kertas mama tu takde kualiti).huhuh.
Kesannya, malam tu mama tak jadi study (untuk menghadap peperiksaan yang tinggal 2 hari saja lagi) dan Auntie Vithya terpaksa pulang menengokkkan mama yang dah naik hantu. Nak tulis balik nota tu pon rasa macam tak berbaloi.
Mama anggap ini dugaan dan mama yakin Allah mesti nak beri kita sesuatu, sebab itu Dia duga mama macam ini. :(
Posted by mama at Tuesday, January 04, 2011 0 comments